Khamis Februari 20, 2014
KUALA LUMPUR: Suspek utama berkaitan kes seorang wanita mati dipukul di Lagoon Perdana, Bandar Sunway dekat sini Isnin lepas ditahan polis awal pagi Rabu.
Suspek yang berumur 30 tahun yang juga teman lelaki kepada wanita terbabit ditahan di sebuah wad di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejurus dia mendapatkan rawatan di situ.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata suspek mendapat rawatan kerana mengalami kecederaan di kepala.
"Sewaktu tangkapan dibuat, suspek dalam keadaan cedera di bahagian kepala dan baru selesai mendapatkan rawatan.
"Kami membawa suspek ke Mahkamah Petaling Jaya pagi ini dan mendapat perintah reman selama tujuh hari sehingga 25 Feb ini," katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.
Dalam kejadian itu, Pakizah Raja Khan, 27, ditemui cedera parah di rumah teman lelakinya itu.
Mangsa yang mengalami retak di bahagian tengkorak kiri kepalanya meninggal dunia ketika dibawa ke PPUM untuk rawatan.
No comments:
Post a Comment