Wednesday, 20 November 2013

Kes Amah Lambung Bayi: Mahkamah Ketepi Sabitan Dan Hukuman Penjara 20 Tahun

TANGISAN KEGEMBIRAAN…Pembantu rumah Indonesia, Yuliana, 23, menitiskan air mata selepas Mahkamah Tinggi Kuantan pada Rabu membebaskan dan mengenepikan sabitan dan hukuman penjara 20 tahun terhadap beliau selepas mengaku bersalah melambung dan menghempas anak majikannya Februari lepas. -fotoBERNAMA
KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 20 tahun terhadap seorang pembantu rumah Indonesia selepas dia mengaku bersalah melambung dan menghempas anak majikannya, Februari lepas.
Bagaimanapun Hakim Datuk Seri Mariana Yahya yang membenarkan rayuan Yuliana, 23, memerintahkan kes tertuduh didengar semula di Mahkamah Sesyen di sini di hadapan hakim lain pada 6 Januari depan.
Sementara menunggu kesnya itu didengar, Mariana memerintahkan Yuliana dibebaskan dengan bon jaminan Kedutaan Indonesia, diwakili oleh Dino Nur Wahyuddin yang hadir di mahkamah, Rabu.
Yuliana dari Acheh, Indonesia dikenakan hukuman penjara 20 tahun oleh Hakim Mahkamah Sesyen di sini selepas dia mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mendera bayi berusia empat bulan, 15 Februari lepas.
Pada 12 Mac lepas, Mariana memerintahkan wanita itu ditahan sementara di Hospital Permai, Johor selama tiga bulan bagi menentukan tahap kewarasan tertuduh setelah Yuliana mengemukakan rayuan bagi penangguhan pelaksanaan hukuman menerusi peguamnya, T. Vijayandran.
Mariana dalam keputusannya itu memberi lima alasan mengapa kes itu perlu didengar semula, pertama Hakim Mahkamah Sesyen telah terkhilaf dari segi undang-undang apabila gagal menimbangkan sama ada perayu faham pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.
"Kedua, perayu tidak diwakili peguam ketika prosiding mahkamah berjalan dan tertuduh perlu diterangkan akan maksud undang-undang terhadap kesalahan yang dibacakan terhadap tertuduh.
"Ketiga, gagal mengambil kira rayuan yang dikemukakan oleh perayu dan permohonan itu tidak dinyatakan dalam penghakiman sebelum ini.
"Keempat, menjatuhkan hukuman yang terlalu berat iaitu penjara 15 tahun untuk kesalahan yang pertama dan lima tahun penjara bagi pertuduhan yang kedua dan yang kelima, hakim gagal menyatakan niat perbuatan perayu di dalam fakta kes ini," katanya.
Sebelum keputusan itu dibacakan, Yuliana yang hadir ke mahkamah dengan seragam penjara berwarna hijau dan bertudung hitam, dilihat menangis dan apabila ditanya oleh Mariana, tertuduh berkata: "Saya rindu anak saya".
Wajah Yuliana kemudian bertukar ceria dan sempat melemparkan senyuman selepas menyatakan dia faham keputusan yang dibacakan oleh Mariana.
Sementara itu bercakap kepada pemberita, Dino Nur berkata Yuliana akan ditempatkan di tempat perlindungan khas di Kedutaan Indone

Lima Lelaki Didakwa Miliki 2 Kg Dadah

KOTA KINABALU: Lima lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu terhadap tuduhan memiliki 2.035kg dadah jenis methamphetamine.
Tertuduh ialah Vun Kon Fui, 34, seorang mekanik, Wah Kah Hee, 28, pengusaha kedai telefon bimbit, Chia Tet Vun, 41, penjual alat ganti kereta, Ooi Then Leong, 33, pengusaha kedai telefon bimbit dan Vun Su Khiong, 34, kontraktor.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bengkel di Lot SD16, Lorong Mangga 1, BDS Industrial Estate, Jalan Kolombong, Inanam, pada 3 petang, 6 November lepas, mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Dzul Elmy Yunus dan beliau menetapkan 20 Januari bagi sebutan semula kes.
Sementara itu, Vun juga menghadapi dua lagi tuduhan memiliki 1,875.70 gram methamphetamine dan 50.50 gram dadah yang sama pada tarikh, masa dan tempat yang sama.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Vun didakwa mengikut Seksyen 39B ADB 1952.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Insp Lim Swee Beng manakala Vun, Chia, Ooi dan Su Khiong diwakili peguam PJ Perera sementara Wah diwakili peguam Chin Teck Ming. -BERNAMA

Isteri Penjenayah Tembak Pegawai AmBank Dipenjara 6 Bulan

PETALING JAYA: Isteri pengawal keselamatan warganegara Indonesia yang didakwa membunuh pegawai Ambank Subang Jaya, pada Selasa dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana tinggal lebih masa di negara ini.
Majistret K.B. Elina Hong Tze Lan memerintahkan Helpia, 35, juga warganegara Indonesia, menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 24 Okt lepas, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Helpia didakwa tinggal lebih dari tempoh yang dibenarkan iaitu selama empat tahun enam bulan dan lapan hari sejak 16 April 2009.
Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Dalam rayuan memohon hukuman ringan, Helpia yang tidak bekerja memberitahu dia mempunyai tiga orang anak termasuk dua anak yang ditinggalkan di kampungnya di Indonesia.
Suami wanita itu, La Ode Ardi Rasila, 36, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, Selasa atas tuduhan membunuh dan melepaskan tembakan kepada seorang pegawai Ambank Subang Jaya, bulan lepas.
Sementara itu, enam lagi rakan senegara La Ode masing-masing mengaku bersalah terhadap beberapa pertuduhan termasuk menggunakan kad pengenalan palsu, memasuki Malaysia tanpa dokumen yang sah dan tinggal lebih masa.
Tiga daripada mereka iaitu La Saudi, 32, La Samuri, 35, dan La Epo (tiada umur) masing-masing dijatuhi hukuman penjara enam bulan kerana esalahan tinggal lebih masa.
Dua lagi iaitu Sofiah (tiada umur) dan Maimunah, 35, masing-masing dijatuhi hukuman penjara setahun kerana kesalahan menggunakan kad pengenalan palsu dan tinggal lebih masa manakala Lauto Lauli, 33, dijatuhi hukuman penjara setahun dan satu sebatan kerana menggunakan kad pengenalan palsu dan memasuki negara ini tanpa dokumen.
Seorang lagi rakan La ode, iaitu La Polo, 28, yang juga pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh mahkamah sama kerana memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah dan satu lagi pertuduhan iaitu menyebabkan hilangnya keterangan mengenai sesuatu kesalahan bagi mengelakkan pesalah (La Ode) daripada seksaan.
Elina memerintahkan La Polo menjalani hukuman itu secara serentak dari tarikh dia ditangkap pada 24 Oktober selepas dia mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu.
Mahkamah juga memerintahkan lelaki itu dikenakan dua sebatan bagi kesalahan memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya dan boleh dikenakan sebatan.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.
Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Pondok Pengawal Cosway Malaysia (M) Sdn Bhd, Wisma Kok, Lot 766, Jalan Subang 4, Off Persiaran Subang, Subang Jaya di sini pada 4.30 petang 24 Oktober lepas.
Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, La Polo mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dengan curang memiliki harta rompakan iaitu wang tunai RM21,800 milik AmBank pada tempat dan masa yang sama.
Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 412 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Hakim Yasmin Abdul Razak tidak membenarkan La Polo diikat jamin dan menetapkan 19 Dis untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan di Mahkamah Majistret dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Tan Gin Han manakala di Mahkamah Sesyen, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aishah Ahmad Zakiuddin. Kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. BERNAMA

Ibrahim Ali Dipenjara Sehari, Denda RM20,000

Ibrahim Ali
KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Ibrahim Ali dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM20,000 kerana menghina mahkamah dan mencalar imej seorang hakim Mahkamah Tinggi.
Hakim Mahkamah Tinggi, John Louis O'Hara memberikan penghakiman selepas hampir dua jam mendengar permohonan oleh peguam-peguam.
Penulis blog, Zainddin Salleh turut didapati bersalah dan dikenakan hukuman penjara empat minggu.
Kedua-dua hukuman berkuatkuasa hari ini (Selasa).
Pada 17 Januari lepas, Anwar memfailkan permohonan komital dan mendakwa penerbitan artikel di laman web Perkasa pada 7 Januari lepas menjatuhkan maruah hakim terbabit, yang membuat keputusan dalam kes saman fitnah ketua pembangkang itu terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan Ketua Pengarangnya, Datuk Abdul Aziz Ishak.
Kes saman itu adalah berkaitan artikel temu bual Anwar dengan British Broadcasting Corporation (BBC).
Beliau berkata artikel itu mengandungi serangan peribadi terhadap hakim Mahkamah Tinggi yang didakwa bersifat penghinaan, dan diterbitkan sebelum saman tersebut diputuskan pada 21 Januari lepas.
Pada tarikh itu, Mahkamah Tinggi memutuskan dua artikel terbitan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd pada 21 Januari tahun lepas berhubung temu bual Anwar dengan BBC berkaitan undang-undang homoseksual, adalah fitnah.