Wednesday, 12 March 2014

Rayuan Tajudin Untuk Ketepikan Saman Celcom Ditolak


Diterbitkan: Selasa, 11 Mac 2014 11:44 PM
Tan Sri Tajudin Ramli
Tajudin Ramli.
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini pada Selasa menolak rayuan tokoh perniagaan Tan Sri Tajudin Ramli dan adik lelakinya untuk mengetepikan dua saman sivil yang difailkan terhadap mereka oleh Celcom (Malaysia) Berhad.

Mahkamah juga menolak rayuan lima bekas pengarah Celcom Joerg Andreas Boy, Dieter Sieber, Oliver Tim Axmann, Dr Frank-Reinhard dan Axel Hass untuk mengetepikan penyata tuntutan dan notis writ yang dikeluarkan kepada mereka oleh Celcom.

Polis Tembak Mati 3 Penjenayah Warga Asing


Diterbitkan: Selasa, 11 Mac 2014 11:53 AM
SUNGAI PETANI: Polis menembak mati tiga penjenayah warga asing dalam Op Cantas Khas di Jalan Ladang Kuala Muda Sungai Petani-Baling dekat sini awal Selasa.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu, tiga penjenayah terbabit yang berusia dalam lingkungan 25 hingga 30 tahun itu melepaskan tembakan dahulu ke arah pihak polis ketika diminta menghentikan kenderaan mereka.
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, lapan anggota polis termasuk seorang pegawai yang sedang menjalankan Op Cantas Khas mengekori kenderaan penjenayah itu sebelum meminta mereka berhenti setelah mengesyaki sesuatu yang mencurigakan.

Kes Kugan: Mahkamah rayuan Tetapkan 25 April Untuk Keputusan


Diterbitkan: Selasa, 11 Mac 2014 9:04 PM
Ibu Kugan (tengah), Indra Nalathamby bersama peguam ketika meninggalkan mahkamah pada Jun tahun lalu. -foto THE STAR
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Selasa menetapkan 25 April bagi keputusan rayuan oleh polis, kerajaan dan bekas seorang konstabel terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mendapati mereka bertanggungjawab bagi kematian A. Kugan dan memerintahkan mereka membayar ganti rugi RM801,700 kepada keluarga lelaki itu.

Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Mohamad Ariff Md Yusof menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan semua pihak terlibat.