Sunday, 28 September 2014

Jemaah Haji Perlu Sedia Hadapi Kesesakan Hari Wukuf - Jamil Khir


Diterbitkan: Ahad, 28 September 2014 4:57 PM
Kesesakan di Arafah pada hari wukuf perlu dihadapi semua jemaah.
  (Ubah saiz teks)
JEDDAH: Jemaah haji Malaysia perlu mempersiapkan diri menghadapi kesesakan dalam perjalanan mengerjakan kemuncak ibadah haji, iaitu Wukuf di Arafah pada Jumaat ini, memandangkan haji Akbar pada tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jumlah jemaah yang akan mengerjakan haji dijangka meningkat mendadak, namun yakin Tabung Haji (TH) dan kerajaan Arab Saudi telah membuat persiapan bagi memastikan pergerakan jemaah haji berjalan lancar.

"Kita faham kerajaan Arab Saudi telah melakukan yang terbaik daripada pelbagai segi termasuk perjalanan darat, mengadakan sistem transit aliran ringan (LRT) serta pelbagai program untuk memastikan proses perjalanan jemaah haji mengerjakan Wukuf di Arafah (kira-kira 22km dari Makkah) berjalan dengan lancar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media Malaysia sebaik tiba di sini dari Malaysia untuk mengerjakan ibadah haji pada malam Sabtu.

Peniaga Mengaku Salah Cederakan Pelajar UiTM Alor Gajah


Diterbitkan: Khamis, 25 September 2014 8:04 PM
Anggota Polis membawa Rahim Othman dan Amir Fusyairi Ahmad Anuar, di Mahkamah Sesyen Alor Gajah atas tuduhan mencederakan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Lendu pada 10 September lepas.
  (Ubah saiz teks)
ALOR GAJAH: Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan mencederakan pelajar Diploma Komunikasi Massa Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Alor Gajah pada 10 September lepas.

Rahim Othman, 20, dari Taman Mutiara di sini didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Siti Irina Ridzwan, 20, semasa merompaknya di C-1-1 Apartment Dimensi, Jalan Dimensi Utama di sini pada pukul 6.15 pagi.

Tertuduh yang berniaga sendiri didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat. 

Bomoh Didakwa Lakukan Seks Luar Tabie, Kelucahan Melampau, Cabul Pesakit


Diterbitkan: Jumaat, 26 September 2014 10:07 PM
  (Ubah saiz teks)
SEREMBAN: Seorang bomoh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan seks di luar tabie, kelucahan melampau dan mencabul pesakitnya di sebuah rumah di Gedung Lalang, Ampangan di sini.

Mohd Rashid Mohd Din, 58, bagaimanapun mengaku tidak bersalah melakukan kesemua kesalahan itu terhadap seorang wanita berusia 26 tahun antara pukul 2.30 petang dan 7.00 malam pada 20 September lepas.

Bagi pertuduhan melakukan seks di luar tabie, Mohd Rashid didakwa mengikut Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pegawai Kanan Kastam Mengaku Tidak Bersalah Terima Rasuah RM688,100


Diterbitkan: Khamis, 25 September 2014 11:26 AM
  (Ubah saiz teks)
SHAH ALAM: Seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tujuh pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM688,100 antara April 2011 hingga Ogos lalu.

Tertuduh, Harun Baba, 57, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Noradidah Ahmad pada Khamis.

Harun didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM100,000 bagi semua pertuduhan sementara menunggu sebutan semula kes pada 30 Oktober ini.

Anggota Polis Wanita Buat Laporan Gambar Separuh Bogel


Diterbitkan: Jumaat, 26 September 2014 8:47 PM
A. Thaiveegan.
  (Ubah saiz teks)
GEORGE TOWN: Seorang anggota polis wanita membuat laporan polis selepas beberapa keping gambar separuh bogel yang didakwa menyerupai dirinya tersebar di Internet dan aplikasi telefon pintar whatsApp.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata anggota polis berusia dalam 20-an itu membuat laporan polis pada Khamis selepas mendapati gambar-gambar itu tersebar di whatsApp dan laman sosial sejak beberapa hari lepas.

"Dia menyedari perkara itu selepas dimaklumkan rakannya dan selepas melihatnya, dia menafikan gambar-gambar itu adalah dirinya," kata Thaiveegan.

Beliau berkata polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan menyiasat secara terperinci kes itu.

Polis juga akan menyiasat motif penyebaran gambar berkenaan berikutan anggota polis itu tidak menerima ugutan atau ancaman selepas gambar itu tersebar.

2 Suspek Kes Tembak Pada Upacara Sembahyang Kematian Ditahan


Diterbitkan: Sabtu, 27 September 2014 1:12 PM
Abdul Rahman Ibrahim.
  (Ubah saiz teks)
KEPALA BATAS: Polis menahan dua suspek lelaki berhubung kes tembakan di sebuah rumah yang sedang menjalankan upacara sembahyang kematian di Kampung Selamat, Tasek Gelugor di sini, Isnin lepas, mengakibat seorang maut dan seorang cedera parah.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata, suspek berusia 30-an dan 20-an itu masing-masing ditahan di Padang Serai dan Kampung Selamat pada pukul 4 petang dan 7.30 malam Jumaat.
"Suspek berusia 30-an ada tiga rekod lampau bersabit kes judi dan dadah," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis persaraan dan perpisahan pegawai dan anggotanya, di sini malam Jumaat.