Thursday 31 January 2013

Mahkamah Persekutuan benarkan bicara perjanjian air Selangor

Putrajaya 31.1.2013
Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan akan membicarakan permohonan untuk mengklasifikasikan laporan audit dan perjanjian konsesi yang dimeterai Syabas dan kerajaan Selangor pada 15 Disember 2004 sebagai dokumen awam.

Permohonan itu sebelum ini difailkan Gabungan Menentang Pengswastaan Air (CAWP) yang menuntut butiran perjanjian itu tidak diklasifikasikan sebagai rahsia.  Keputusan itu merupakan satu tindakkan bagus kerana pihak mahkamah menyatakan bahawa kerajaan Negeri Selangor mempuanyai kepentingan.  Pada 2011, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang membenarkan responden mendapat akses kepada dokumen-dokumen tersebut.  Sekaligus keputusan mejoriti Mahkamah Rayuan itu menetapkan bahawa dokumen berkenaan tidak didedahkan.

Isu kalimah Allah tak seharus timbul, kata bekas KHN

30.1.2013
Isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam seharusnya tidak timbul kerana ia telah termaktub di bawah undang-undang di 10 negeri yang menetapkan penggunaanya hanya untuk orang Islam sahaja, kata bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.  Menurutnya, semua pihak harus menghormati peruntukkan undang-undang tersebut dan tidak mempersoalkan mahupun membangkitkan perkara itu sama sekali.

Tegasnya Perlembagaan Persekutuan juga dengan jelas menyatakan bahawa Islam merupakan agama rasmi negara, jestru semua pihak terutama buka Islam perlu memahaminya serta tidak menuntut perkara yang tidak sepatutnya.

Wednesday 30 January 2013

Mahkamah Tinggi batal notis SPRM panggil peguam

30.1.2013
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan notis dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada dua peguam berhubung penyiasatan National Feedlotr Corporation (NFC).

YA Hakim Datuk Zaleha Yusof semasa membenarkan permohonan semakan kehakiman itu memutuskan notis dikeluarkan mengikut seksyen 48(c) Akta SPRM 2009 adalah tidak sah dan salah guna kuasa, dan notis itu tidak sepatutnya dikeluarkan terhadap Lateefa Koya dan Murnie Hidayah Anuar.  "Saya tidak nampak sebarang logik untuk mengeluarkan notis kepada pemohon (dua peguam) bagi merekodkan kenyataan mereka, yang hanya mewakili anak guam mereka" kata Zaleha.

Friday 25 January 2013

Mahkamah Rayuan benar Anwar saman semula Anifah Aman

25.1.2013
Mahkamah Rayuan Malaysia, Putrajaya hari ini menghidupkan semula kes saman fitnah RM 100 juta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.  Panel Hakim tiga anggota dipengerusi YA Datuk Ramly Ali sebulat suara membenarkan rayuan Anwar menghidupkan semula saman sivil beliau terhadap Anifah atas kapisiti menteri itu.

Kes itu juga diperintahkan dikembalikan semula ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan dihadapan hakim lain.  Pada 27 Mei 2007, Anwar menyaman Anifah atas kapisiti peribadi dan rasmi beliau dan Kerajaan Malaysia mendakwa menteri itu memfitnahnya dalam sidang akhbar bersama Anifah dan Setiausaha Negara Amerika Hillary Clinton.

Wednesday 23 January 2013

SALAM MAULIDUR RASUL 1434 HIJRAH

Salam Sahabat:  Saya mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1434 Hijrah,
semuga kita semua mendapat kesejahteraan dan barakkah dari Allah SWT.

Tuesday 22 January 2013

Mahkamah Persekutuan: Kerusi Kota Siputeh Tak Kosong

21.1.2013
Mahkamah Persekutuan,Putrajaya memutuskan  bahawa kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh di Kedah tidak kosong kerana Anggota Dewan Undangan Negerinya, Datuk Abu Hasan Sarif daripada Barisan National, bukan gagal menghadiri dua persidangan Dewan Undangan Negeri pada 2009, secara berturut-turut.

Dalam keputusan mejoriti 4-1, Hakim Besar Malaya, YAA Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin mengistiharkan bahawa kedua-dua hari itu, 19 April dan 9 )gos 2009, tarikh Abu Hasan tidak hadir tanpa kebenaran Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail, bukan mesyuarat berturut-turut.

Monday 21 January 2013

Mahkamah dapati Utusan Malaysia fitnah Anwar

21-1-2013
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendapati Utusan Malaysia (M) Berhad dan Ketua Pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak menfitnah Ketua Pembangkang Datuk Sri Anwar Ibrahim dalam satu laporan diakhbar milik umno itu pada awal tahun lalu.

Hakim Datuk VT Singham dalam penghakimannya mendapati laporan di muka hadapan dan halaman 10 Utusan Malaysia pada 17 jan itu menjejaskan reputasi Anwar dan menyebabkan ahli politik itu dicemuh dan dipandang hina.

Thursday 17 January 2013

5 Hakim Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Utusan Malaysia

Putrajaya 17.1.2013
Lima orang Hakim Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang memihak kepada anggota Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Samad.
Dalam keputusannya hari ini Mahkamah Persekutuan tidak memberikan kebenaran kepada pihak Utusan Malaysia untuk merayu yang sekaligus keputusan Mahkamah Rayuan dan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini dikekalkan.  Mahkamah Persekutuan juga memerintahkan Utusan Malaysia membayar kos sebanyak RM 10,000.

Sunday 13 January 2013

Pegang Teguh Prinsip Kebebasan Kehakiman

Putrajaya-  Ketua Hakim Negara YAA Tun Arifin bin Zakaria semalam mengulangi komitment badan kehakiman untuk berpegang pada prinsip kebebasan kehakiman.  Beliau berkata, Badan Kehakiman akan terus memperkukuhkan kedudukannya dan menentang sebarang cubaan untuk melemahkan kedudukannya sebagai sebuah badan bebas.

"Ini akan dilakukan melalui latihan dan pengawasan lebih ketat terhadap anggota Badan Kehakiman.  Saya ingin menyeru anggota Majlis Peguam dan orang ramai supaya mengelak daripada memberi rasuah kepada hakim dan pegawai untuk mendapatkan keuntungan peribadi.  "Sesungguhnya, dalam setiap perbuatan rasuah, pasti ada pemberi dan penerima.  Anda semua boleh menyekatnya diperingkat anda" kata Arifin ketika merasmikan Tahun Undang-Undang 2013 di Istana Kehakiman.

Beliau berkata Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam dan Badan Kehakiman berkongsi impian yang sama iaitu untuk melihat Badan Kehakiman mencapai taraf dunia dan kerjasama rapat yang terjalin antara ketiga-tiga institusi ini merupakan langkah positif kearah mencapai matlamat ini.

Peperiksaan PJS: Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan

Jawatan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan buat masa telah kosong
kerana Y.Bhg Dato' Hashim bin Hamzah telah dilantik sebagai Pesuruhjaya
Kehakiman, Mahkamah Tinggi Shah Alam.  Maka tugas Ketua Pendaftar di
laksanakan oleh Puan Azizah binti Mahmud, Timbalan Ketua Pendaftar
sehingga jawatan tersebut dipenuhi.

PUAN AZIZAH BINTI MAHMUD
Timbalan Ketua Pendaftar ,yang Menjalankan
Tugas-Tugas Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan
Malaysia.

Saturday 12 January 2013

Peperiksaan PJS: Hakim Besar Sabah & Sarawak

Yang Amat Arif Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjun
Hakim Besar Sabah dan Sarawak

Peperiksaan PJS: Hakim Besar Malaya

Yang Amat Arif Tan Sri Dato' Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin
Hakim Besar Malaya

Peperiksaan PJS: Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia

Yang Amat Arif Tan Sri Dato' Seri Md Raus bin Sharif
Presiden, Mahkamah Rayuan Malaysia

Peperiksaan PJS: Ketua Hakim Negara

Yang Amat Arif  Tun Arifin Bin Zakaria
Ketua Hakim Negara, Mahkamah Persekutuan Malaysia

Wednesday 9 January 2013

Keahlian Isa Samad dalam KPF batal dan tidak sah

Hafiz Yatim, Malaysiakini Jan 9,2013

Keahlian kontroversi Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dalam
Koperasi Permodalan Felda (KPF) diistiharkan batal dan tidak
sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

YA Hakim Datuk Zaleha Yusof membatalkan keputusan Suruhanjaya Koperasi
Malaysia (SKM) Mei lalu bahawa walaupun ia mendapati KPF melanggar
undang-undang kecilnya dalam menerima Isa sebagai ahli, tetapi memutuskan
dia boleh kekal sebagai ahli.

Friday 4 January 2013

Peperiksaan Pesuruhjaya Sumpah 01/2013

Saya mendapat khabar baik bahawa peperiksaan di atas
akan diadakan pada 29 dan 30 Januari ini.  Maka sahabat-
Sahabat yang telah mendapat No Rujukkan kena buat persediaan yang mantap untuk lulus
peperiksaan tersebut.  Rasanya surat untuk exam akan
diedarkan bila-bila masa sahaja.
Selamat Berjaya dari Remba.........

Thursday 3 January 2013

Tertuduh lari dari mahkamah ditahan semula

Bernama Jan 3,2013
Selepas seminggu menikmati kebebasan setelah
melarikan diri dari Kompleks Mahkamah Klang pada
26 Dis lepas tertuduh kes bunuh dan curi
A Viswanathan diberkas polis di Taman Air Keroh,
Melaka, semalam.