Friday, 27 February 2015

Anwar Perlu Minum Teh Dengan Agong - Izzah


Diterbitkan: Jumaat, 27 Februari 2015 1:08 PM
  (Ubah saiz teks)
DIKEMASKINI
PETALING JAYA: Pakatan Pembangkang menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya 'tidak lepas tangan' dalam isu permohonan bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir persidangan Dewan Rakyat pada 9 Mac ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, keputusan untuk membenarkan Anwar hadir ke Parlimen bagi menjalankan tugasnya sebagai Ketua Pembangkang terletak dibawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Ini satu cubaan untuk tidak memikul tanggungjawab jawatan beliau. Jabatan Penjara adalah dibawah Kementerian Dalam Negeri, dan bukannya Peguam Negara.

Hanya Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Persekutuan yang mempunyai kuasa untuk membenarkan Datuk Seri Anwar menghadiri sidang Parlimen.

"Datuk Seri Zahid wajib bersetuju dengan perkara ini dan memberikan arahan yang sepatutnya kepada Jabatan Penjara," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadikan Rakyat (PKR) di sini, Jumaat.

Terpedaya Dengan 'Rayuan Seks'


Diterbitkan: Jumaat, 27 Februari 2015 10:14 AM
Gambar yang dimuat naik di Facebook mendakwa sebagai anggota militan Chechen di Syria.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Gambar-gambar 'abam handsome' (lelaki tampan) dilihat digunakan untuk menarik minat remaja perempuan menyertai kumpulan militan di Syria.

Terbaharu pihak yang merekrut anggota baharu mengambil kesempatan dengan kaedah 'rayuan seks' untuk menarik minat remaja perempuan yang mudah tertipu.

Salah satu pengendali akaun Facebook, dikenali sebagai Abu Chechnya di Rusia (http://on.fb.me/ 1Avavyn), meletakkan gambar militan Chechen di Syria.

Menerusi ruangan komen pada gambar itu, secara terang pengendali akaun Facebook itu membalas komen seorang pengguna lain dengan menulis: "Ada yang berkenan ke kat dalam gambar tu??? Abam2 shishani handsome2 wowww hahaha!!! (Berminat dengan sesiapa di dalam gambar? Orang-orang di sini kacak)."

Ahli psikologi klinikal, Prof Madya Dr Alvin Ng berkata secara umumnya remaja cenderung mendekati apa sahaja yang menarik minat mereka.

Multaqa PAS 'bagai simbah minyak ke api'



ULASAN Terlebih dahulu saya ingin ucapkan tahniah kepada jawatankuasa penganjur atas berlangsungnya program Multaqa Ulama II yang baru sahaja selesai diadakan.

Usaha untuk menghimpunkan keseluruhan ahli PAS yang berlatarbelakang pendidikan agama melalui suatu multaqa adalah satu usaha besar yang sudah pastinya penuh cabaran.

Mungkin tidak salah kalau dikatakan ianya merupakan usaha menghadirkan keseluruhan kekuatan dan kemampuan ulama’ PAS dari seluruh negara demi menzahirkan peranan dan pengaruh ulama’ di dalam PAS.

Oleh kerana ia digambarkan sebagai ‘program mega’ yang begitu sifatnya, maka tidak salah kalau dikatakan bahawa harapan rakyat, dan ahli PAS khususnya, pasti begitu tinggi.

Mungkin diharapkan bahawa ia akan menjelaskan lagi arah tuju PAS sebagai rakan Pakatan Rakyat, yang sambil bergerak dalam kerangka gabungan ini, dapat mencapai aspirasi perjuangannya.

Sudah pasti seluruh rakyat mengharapkan kemelut yang berterusan dalam Pakatan, entiti politik yang dilihat sebagai harapan rakyat untuk menggantikan BN, akan dapat ditamatkan atau paling kurang dilunturkan hasil multaqa ini.

Shahrizat Redha Keputusan Mahkamah


Diterbitkan: Khamis, 26 Februari 2015 8:12 PM
Shahrizat bersama suaminya, Dr Mohamad Salleh Ismail.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil redha dengan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang menolak permohonan suaminya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail untuk membatalkan dua pertuduhan pecah amanah.

Shahrizat, yang juga Ketua Wanita UMNO, berkata keputusan itu bagaimanapun tidak akan mematahkan semangat keluarganya untuk mencari kebenaran.

"Kami sekeluarga menerima baik keputusan itu, walaupun kami sekeluarga amat sedih sekali, kita tawakal kepada Allah'" katanya kepada pemberita pada sidang media di kediamannya, di sini.

Shahrizat berkata suaminya akan berbincang dengan peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mengemukakan rayuan undang-undang bagi tindakan selanjutnya.

Mohamad Salleh, Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), gagal dalam permohonannya untuk membatalkan dua pertuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta yang dihadapinya.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Azman Husin menolak permohonan Mohamad Salleh selepas mendapati kedua-dua pertuduhan itu adalah teratur dan tidak cacat serta terdapat isu yang perlu dibicarakan dalam perbicaraan penuh.

Seorang Lagi Militan Warga Malaysia Terbunuh di Syria


Diterbitkan: Khamis, 26 Februari 2015 11:51 AM
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Konflik di Syria semakin meruncing apabila seorang lagi militan warga Malaysia, Abdul Samad Shukry Mohamad dilaporkan terbunuh. 

Bekas ahli Jemaah Islamiyah, berusia 55 tahun yang lebih dikenali sebagai Abu Aisyah, yang cedera dalam satu serangan oleh tentera Syria lima bulan lalu, meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya. 

"Dia pergi ke Syria pada 1 Februari tahun lalu. Lima bulan yang lalu, dia cedera selepas dibom dalam satu serangan oleh tentera Assad (tentera Syria). Biarpun terselamat dalam kejadian tersebut, dia mengalami kecederaan parah di bahagian kaki. 
"Mangsa dipercayai telah dibawa untuk mendapatkan rawatan di Turki namun dia meninggal dunia akibat komplikasi daripada pembedahan yang dijalankan," menurut sumber pada Khamis. 
Abu Aisyah merupakan mangsa keenam warga Malaysia yang dilaporkan  terbunuh dalam konflik kumpulan militan di Syria.

Majlis Peguam tolak tawaran debat Shafee



Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong menolak tawaran untuk berdebat dengan ketua pendakwa dalam kes Liwat II, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Katanya, seorang pendakwa raya tidak sepatutnya tampil untuk berdebat seperti itu kerana ia satu tindakan yang melanggar etika.

Leong berkata demikian bagi mengulas tawaran Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Shabery Cheek untuk menganjurkan debat di antara beliau dan Shafee.

Katanya, seorang pendakwa raya mewakili kerajaan dan rakyat, maka setiap penjelasan mengenai berkenaan perlu dibuat secara “tanpa emosi, berhati-hati dan tenang”.

“Tentu sekali tidak bertempat kalau diadakan jelajah atau debat,” katanya.

Katanya, program seperti itu mungkin akan “memalukan atau menjejaskan keyakinan umum” ke atas institusi badan pendakwaan.