Monday 11 August 2014

Keputusan Kes Kugan Kekal, Jumlah Pampasan Dikurangkan


Diterbitkan: Jumaat, 8 Ogos 2014 9:42 PM
  (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Jumaat mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa pasukan polis, bekas Konstabel V. Navindran dan kerajaan bertanggungjawab atas kematian A. Kugan, yang meninggal dunia semasa dalam tahanan polis pada Januari 2009.

 
Bagaimanapun, panel tiga hakim diketuai Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebulat suara bersetuju mengurangkan jumlah pampasan daripada RM801,700 kepada RM701,700 selepas mengetepikan ganti rugi sebanyak RM100,000 bagi penahanan salah seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi tahun lepas.

Dalam penghakiman setebal 17 muka surat yang dibaca oleh Datuk David Wong Dak Wah, panel itu tidak bersetuju dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk V.T Singham bahawa perintah tahanan reman terhadap Kugan disalah guna ketika memberikan pampasan itu.

Empat Sahabat Rugi Disamun RM160,000


Diterbitkan: Ahad, 10 Ogos 2014 10:02 PM
  (Ubah saiz teks)
NIBONG TEBAL: Empat sahabat kerugian lebih RM160,000 selepas pelbagai barangan berharga milik mereka disamun tiga lelaki yang bersenjatakan sepucuk pistol ketika sedang minum di sebuah kedai makanan di Sungai Bakap, pagi Ahad. 

Jurucakap polis berkata dalam kejadian pukul 5 pagi itu, empat lelaki berusia 30 hingga 48 tahun itu sedang minum sebelum sebuah kereta jenis Proton Saga yang dinaiki tiga suspek berhenti di hadapan kedai makan berkenaan. 

"Dua daripada tiga lelaki berkenaan keluar dari kereta dan menghampiri mangsa sebelum seorang suspek mengacukan sepucuk pistol sambil mengarahkan mereka tunduk di bawah meja. 

Tiga Sekeluarga Cemas Rumah Dimasuki Perompak


Diterbitkan: Ahad, 10 Ogos 2014 8:45 PM
  (Ubah saiz teks)
GEORGE TOWN: Tiga sekeluarga di Changkat Delima,Gelugor di sini berdepan detik cemas apabila rumah mereka dimasuki tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata pada kejadian pukul 4.35 pagi itu, perompak masuk menerusi tingkap belakang dapur rumah teres dua tingkat itu.

Mereka mengikat tuan rumah, seorang jurutera berusia 39, bersama isteri dan anak perempuannya sebelum mengumpulkan mereka dalam sebuah bilik.

"Suspek dipercayai warga Indonesia dan tiada sebarang kesan cap jari ditemui kerana kesemua mereka memakai sarung tangan ketika melakukan jenayah itu," katanya kepada pemberita.

Mat Rempit: JPNT Sedia Bekerjasama Dengan PDRM, Kerajaan Negeri


Diterbitkan: Ahad, 10 Ogos 2014 6:05 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA TERENGGANU: Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta kerajaan negeri bagi mengatasi masalah 'Mat Rempit' di negeri ini.

Pengarah JPNT Zakaria Hussin berkata langkah ini bagi mengelak pelajar terbabit dalam gejala sosial itu yang dilihat semakin meruncing di Terengganu.

"Kita memang sedia bekerjasama dengan PDRM bagi mengatasi masalah ini dan pihak jabatan telah mengeluarkan notis peringatan pada bulan lalu kepada semua sekolah di Terengganu untuk memastikan pelajar tidak terlibat dalam gejala sosial ini.

"Pihak polis boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana pelajar yang didapati bersalah, dan itu sememangnya hak polis untuk menguatkuasakan undang-undang," katanya kepada pemberita pada Majlis Jamuan Aidilfitri JPNT, Ahad.

Pengasuh Didakwa Dera Bayi 18 Bulan Ditahan


Diterbitkan: Ahad, 10 Ogos 2014 10:23 AM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Polis menahan pengasuh yang didakwa mendera seorang bayi berusia 18 bulan.

Doktor terpaksa melakukan pembedahan membuang tengkorak disebabkan terdapat darah beku, bengkak dan pendarahan dalaman di dalam otaknya.

Suspek, berumur 30, telah ditangkap di rumahnya di Flora Damansara, pada Sabtu dan kini ditahan direman sehingga Selasa atas tuduhan penderaan kanak-kanak.

Apabila disoal siasat, wanita itu mengaku dia pernah memukul bayi itu beberapa kali di kepala tetapi mendakwa keadaan bayi itu bukan akibat perbuatannya.