Wednesday, 20 August 2014

Edar Heroin: Penganggur Dihukum Gantung


Diterbitkan: Selasa, 19 Ogos 2014 5:58 PM
  (Ubah saiz teks)
KOTA BARU: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang penganggur yang didapati bersalah terhadap pertuduhan mengedar heroin tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamed Hasrool Mohamed Najri, 20, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Dalam penghakimannya, Hakim Azman berkata keterangan pembelaan tertuduh sebelum ini yang mengatakan dia diminta oleh seorang lelaki dipanggil 'Abe Adnan' untuk mengambil bungkusan plastik di bawah bumbung di rumah lelaki itu gagal menunjukkan keraguan.

Enam Anggota Polis Ditemui Dalam Keadaan Mengerikan Di Kampung Simunul


Diterbitkan: Selasa, 19 Ogos 2014 8:18 PM
Kampung Simunul, lokasi enam anggota polis dibunuh dengan kejam.
  (Ubah saiz teks)
KOTA KINABALU: Enam anggota polis yang terbunuh dalam serangan hendap di Semporna pada 2 Mac tahun lepas ditemui dalam keadaan mengerikan, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu pada Selasa.

Pegawai Penyiasat Insp Jamirin Kintai, antara anggota pasukan yang bertanggungjawab mengeluarkan mayat anggota polis berkenaan dari Kampung Simunul, Semporna pada 6.45 petang pada 3 Mac tahun lepas, berkata dua daripada mangsa telah dipenggal dan dicacatkan.

"Sarjan Baharin Hamid dicacatkan dengan otak dan mata kanan hilang daripada tengkorak dan terdapat kelaran pada mukanya.

"Leher Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran pula telah dipenggal dan terdapat luka pada badan, kulit dan dagingnya. Mukanya telah dikoyakkan dan hanya kelihatan tulang muka," katanya.

Gedung Pakaian Kamdar Terbakar


Diterbitkan: Selasa, 19 Ogos 2014 11:36 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Gedung pakaian terkemuka Kamdar di Jalan Tuanku Abdul Rahman terbakar menyebabkan kira-kira 200 orang termasuk 90 pelanggan dikeluarkan dari bangunan tersebut, malam Selasa.

Tiada kecederaan dilaporkan akibat kebakaran yang berlaku pada pukul 7 malam itu yang dipercayai bermula di tingkat satu, bangunan tujuh tingkat itu.

Pembantu jualan, Annurul Izzati Fauzi, 20, berkata dia sedang dalam perjalanan ke tandas apabila terhidu bau asap.

"Perkara seterusnya yang saya tahu, rakan sekerja saya memaklumkan kepada kami untuk membantu memidahkan pelanggan dan kakitangan lain," katanya.
Annurul berkata asap tebal datang dari sebuah bilik penghawa dingin yang berada di tingkat satu pusat beli-belah itu.

Barang Kemas Tiga Suri Rumah Diragut


Diterbitkan: Selasa, 19 Ogos 2014 11:12 PM
  (Ubah saiz teks)
BESUT: Tiga suri rumah kerugian besar apabila barang kemas mereka diragut dalam tiga kejadian berasing dalam tempoh satu jam setengah di sekitar Besut pada Isnin.

Dalam kejadian pertama, Mek Jah Awang Ngah, 58, sedang berada di halaman rumahnya di Kampung Gong Penaga, Jabi apabila mangsa didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali jam 11.00 pagi. 

Dalam laporannya di Balai Polis Jerteh, beliau berkata suspek berpura-pura bertanya tentang rumah rakannya sebelum meragut rantai tangan emasnya dan melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Honda. 

Dalam kejadian kedua, di Kampung Alor Keladi, Hulu Besut, Norzaini Ismail, 40, juga didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali kira-kira jam 11.53 pagi.