Tuesday, 17 February 2015

Anwar, Shafee berentap lagi di mahkamah



Cukup seminggu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menang kes yang dibawanya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka bertemu lagi dalam kes mahkamah lain hari ini.

Pagi ini, ketua pembangkang dibawa daripada Penjara Sungai Buloh ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan disoal balas oleh Shafee.

Shafee mengingatkan Anwar “jangan main-main” menjawab soalan di mahkamah.

Anwar pula berkata soalan Shafee padanya sebagai “tidak masuk akal” dan membangkitkan dakwaan “bermotifkan politik”.

Shafee menjadi peguam utama pasukan pembelaan terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam saman RM100 juta padanya.

Bekas AG: Shafee 'iklankan' diri sendiri



Bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata pada zamannya dan sebelum itu lagi, peguam yang dilantik sebagai pendakwa untuk Pejabat Peguam Negara (AGC) tidak pernah “mengiklankan” diri di media.

Abu Talib berkata beliau sebaliknya melihat peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah melakukan perkara itu dengan memberikan wawancara kepada media selepas sabitan kes terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ya, Shafee kelihatan pandai lakukan perkara itu -- “iklankan” dirinya (selepas menang),” katanya sambil ketawa.

Abu Talib (kanan) merujuk kepada wawancara Shafee dengan akhbar arus perdana New Straits Times dan Utusan Malaysia baru-baru ini.

Ditanya Malaysiakini sama ada ia pernah berlaku sebelum ini, Abu Hasan menjawab tidak.

Beliau berkhidmat sebagai peguam negara daripada tahun 1980 hingga 1993.

Beliau juga dilantik menjadi pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk tiga penggal.