'
ANALISIS Kemenangan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Permatang Pauh dalam pilihan raya kecil semalam akan memastikan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai de facto Ketua pembangkang.
Apabila timbul cakap-cakap mengenai siapa yang akan bertanding kerusi parlimen itu, ia pada mulanya, spekulasinya ialah anak perempuan Anwar, Nurul Nuha akan dinamakan sebagai calon PKR.
Ini tidak diterima baik oleh DAP, yang mengingatkan bahawa jika orang lain selain Wan Azizah bertanding kerusi itu, ia akan menuntut jawatan ketua pembangkang di Parlimen.
DAP berkata ia akan mencalonkan pemimpin veterannya Lim Kit Siang untuk jawatan itu, kerana parti itu memiliki jumlah kerusi paling banyak di blok pembangkang.
Pemimpin veteran DAP itu pernah memegang jawatan tersebut tetapi ia sebelum pilihan raya umum 2008 mengubah landskap politik negara. Bagaimanapun, DAP bersedia untuk mengalah jika Wan Azizah kembali ke Parlimen dan memegang jawatan itu.
Dinamik politik di Malaysia ialah ketua pembangkang bukan Melayu tidak akan mampu untuk meyakinkan pengundi Melayu sekiranya beliau menerajui kerajaan yang baru.
Ini kerana sentiasa ada kebimbangan bahawa tanpa Umno, kedudukan istimewa orang Melayu dan Islam akan terhakis.
Sentimen sedemikian akan menggagalkan percubaan blok pembangkang untuk menawan pusat pentadbiran Putrajaya.
DAP juga menyedarinya dan ia tahu PAS, yang sering bertelagah dengannya, boleh boleh menuntut jawatan itu.
Menyekat Hadi
Dengan latar belakang tersebut, pendirian DAP mungkin lebih bertujuan untuk menyekat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang daripada menjadi ketua pembangkang, sekiranya calon baru seperti Nurul Nuha bertanding di Permatang Pauh.
Jika Hadi mensasarkan jawatan itu, maka ia akan terus menghakis lagi situasi dalam Pakatan Rakyat, yang sudah bergoncang ekoran usaha presiden PAS itu mahu melaksanakan hudud di Kelantan.
DAP telah pun memutuskan hubungan dengan Hadi, yang didakwanya sebagao seorang yang tidak boleh dipercayainya.
Oleh itu, dengan memberi sokongan kepada Wan Azizah, DAP akan dapat menangani senario tersebut.