Monday 24 December 2012

Peperiksaan PJS: Mahkamah Khas

Mahkamah Khas ditubuhkan di bawah Perkara 182 Perlembagaan
Persekutuan bagi membicarakab apa-apa tindakan sivil atau
jenayah yang dimulakan atau terhadap Yang di-Pertuan Agong
atau raja mana-mana negeri.  Bagaimanapun,  Perkara 183 Perlembagaan
Persekutuan memperuntukan bahawa tiada apa-apa tindakan sivil atau
jenayah boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesebuah
negeri berhubung apa-apa perlakuan atau tinggalan yang dilakukan
olehnya di dalam kapasiti dirinya melainkan dengan izin Peguam Negara
sendiri.

Mahkamah Khas bersidang di Mahkamah Persekutuan yang terletak
di Istana Kehakiman pada tarikh-tarikh dan masa yang ditetapkan
oleh Ketua Hakim Negara.  Keputusan Mahkamah Khas adalah
muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar atau dipersoalkan
di mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan.