Wednesday 27 November 2013

Teresa Kok Tarik Balik Dua Saman Terhadap Utusan Berhubung Dua Artikel

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim hari ini menarik balik dua samannya terhadap Utusan Melayu (M) Berhad dan kolumnis, Datuk Mohd Zaini Hassan berhubung dua buah artikel yang disiarkan dalam akhbar itu pada 2008.
Hakim Mahkamah Tinggi Siti Khadijah S.Hassan Badjenid merekodkan penyelesaian itu selepas peguam K.Muralidharan, yang mewakili Kok memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya itu bersetuju untuk menarik balik samannya terhadap Utusan Melayu dan Mohd Zaini.
Bagaimanapun, Muralidharan tidak mengemukakan sebarang alasan mengenaipenarikan balik saman tersebut.
Mahkamah juga membenarkan saman itu ditarik balik tanpa sebarang kos dan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula tindakan saman baharu.
Pada 9 Oktober 2008, Kok, 49, memfailkan saman terhadap Mohd Zaini, yang kinimerupakan Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan dan Utusan Melayu berhubungartikel bertajuk 'Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ba-alif-ba-ya'.
Kok mendakwa artikel yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia pada 10 September 2008, membawa maksud antara lain beliau seorang yang tidak boleh dipercayai, ahli politik yang jahat, bersikap perkauman dan anti-Islam.
Satu lagi saman pula berhubung isu laungan azan di Masjid Kinrara di sini yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 8 September 2008.
Dalam saman itu Kok menamakan Dr Mohamad Khir Toyo dan Utusan Melayu (M) Berhad sebagai defendan.
Dalam pernyataan tuntutannya, Kok mendakwa pada 26 Jun 2008, Dr Mohamad Khir telah memetik sebuah blog dikenali sebagai "pembelamelayu.blogspot" dan membuattuduhan salah terhadapnya manakala Utusan Melayu telah menerbitkan kata-kata DrMohamad Khir berhubung perkara itu dalam akhbarnya yang bertajuk "Ada usaha larang azan di masjid Selangor".
Bagaimanapun bagi kes yang melibatkan bekas menteri besar Selangor itu, mahkamah menetapkan 11 Dis ini untuk sebutan bagi kedua-dua pihak berbincang sama ada untuk menyelesaikan kes tersebut.
Utusan Melayu diwakili peguam T.K.B Mohana Kumar. - BERNAMA

Sumbang Mahram - Bapa Mengaku Tidak Bersalah

Tertuduh (kanan) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada Selasa atas pertuduhan melakukan sumbang mahram.
KAJANG: Seorang peniaga didakwa melakukan hubungan seks dengan anak perempuannya yang berusia 21 tahun.
Peniaga berusia 46 tahun itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan melakukan seks dengan anak perempuannya di rumah mereka di Taman Cheras Perdana pada pukul 3 pagi, 23 Oktober lalu.
Ketika ditanya berhubung pengakuannya dalam bahasa Mandarin, peniaga itu dilihat teragak-agak sebelum dia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.
Tertuduh yang memakai baju-T berwarna kuning air dan berseluar coklat dilihat mendiamkan diri dan merenung ke lantai sepanjang prosiding.
Dia boleh dihukum penjara 20 tahun dan sebatan jika didapati bersalah di bawah Seksyen 376B Kanun Kesesakan kerana melakukan sumbang mahram.
Di bawah Seksyen 376A, seseorang yang melakukan perbuatan sumbang mahram dengan mengadakan hubungan seks dengan individu yang mempunyai pertalian darah yang tidak membolehkan mereka berkahwin dengannya mengikut undang-undang, agama dan adat.
Timbalan Pendakwa Raya, Siaw Chooi Chin meminta mahkamah untuk tidak membenarkan ikat jamin.
Peguam Douglas Yee tidak membantah kerana anak guamnya tidak mampu membayar ikat jamin itu.
Hakim Nor Hazani Hamzah tidak membenarkan ikat jamin dan menetapkan 24 Disember depan untuk sebutan semula kes.
The Star melaporkan pada Khamis lalu bahawa lelaki tersebut didakwa melakukan hubungan seks dengan anak perempuannya di rumah mereka di Kajang apabila isterinya tiada di rumah.
Seorang pakcik, yang mengusahakan kedai gunting rambut, tempat mangsa bekerja, mengesyaki sesuatu yang mencurigakan apabila terbaca satu khidmat pesanan ringkas (SMS) lucah di antara mereka.
Anak perempuannya mengaku melakukan hubungan seks dengan bapanya sejak berusia 18 tahun.