Published: Selasa November 26, 2013 MYT 6:27:00 PM
Updated: Selasa November 26, 2013 MYT 6:59:29 PM
Updated: Selasa November 26, 2013 MYT 6:59:29 PM
KAJANG: Seorang peniaga didakwa melakukan hubungan seks dengan anak perempuannya yang berusia 21 tahun.
Peniaga berusia 46 tahun itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan melakukan seks dengan anak perempuannya di rumah mereka di Taman Cheras Perdana pada pukul 3 pagi, 23 Oktober lalu.
Ketika ditanya berhubung pengakuannya dalam bahasa Mandarin, peniaga itu dilihat teragak-agak sebelum dia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.
Tertuduh yang memakai baju-T berwarna kuning air dan berseluar coklat dilihat mendiamkan diri dan merenung ke lantai sepanjang prosiding.
Dia boleh dihukum penjara 20 tahun dan sebatan jika didapati bersalah di bawah Seksyen 376B Kanun Kesesakan kerana melakukan sumbang mahram.
Di bawah Seksyen 376A, seseorang yang melakukan perbuatan sumbang mahram dengan mengadakan hubungan seks dengan individu yang mempunyai pertalian darah yang tidak membolehkan mereka berkahwin dengannya mengikut undang-undang, agama dan adat.
Timbalan Pendakwa Raya, Siaw Chooi Chin meminta mahkamah untuk tidak membenarkan ikat jamin.
Peguam Douglas Yee tidak membantah kerana anak guamnya tidak mampu membayar ikat jamin itu.
Hakim Nor Hazani Hamzah tidak membenarkan ikat jamin dan menetapkan 24 Disember depan untuk sebutan semula kes.
The Star melaporkan pada Khamis lalu bahawa lelaki tersebut didakwa melakukan hubungan seks dengan anak perempuannya di rumah mereka di Kajang apabila isterinya tiada di rumah.
Seorang pakcik, yang mengusahakan kedai gunting rambut, tempat mangsa bekerja, mengesyaki sesuatu yang mencurigakan apabila terbaca satu khidmat pesanan ringkas (SMS) lucah di antara mereka.
Anak perempuannya mengaku melakukan hubungan seks dengan bapanya sejak berusia 18 tahun.
No comments:
Post a Comment