Friday 28 March 2014

Dua Lelaki Cedera Disimpah Asid Oleh Rakan


Diterbitkan: Khamis, 27 Mac 2014 7:53 PM
  (Ubah saiz teks)
PASIR PUTEH: Dua lelaki termasuk seorang remaja berusia 14 tahun cedera selepas disimbah asid oleh seorang lelaki dalam kejadian di Kampung Banggol Pak Esah di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh DSP Mohd Kamal Zainal berkata kejadian berlaku pukul 10.15 malam ketika kedua-duanya iaitu Tuan Zulashraf Tuan Yaacob, 14, dan Emi Azman, 22, berada di sebuah gerai menjual burger.

Kassim Ahmad Didakwa Atas Tuduhan Menghina Islam


Diterbitkan: Khamis, 27 Mac 2014 1:05 PM
kassim ahmad
Kassim Ahmad (kiri)
  (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Bekas aktivis politik dan sosial Dr Kassim Ahmad mengaku tidak bersalah pada Khamis di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya terhadap dua pertuduhan menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama.

Kassim, 81, didakwa melakukan perkara itu dalam Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian Hala Tuju Bangsa dan Negara Malaysia Untuk 30 Tahun Akan Datang di Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8 di sini pada 15 dan 16 Februari lepas.

Bagi pertuduhan pertama Kassim didakwa membentangkan satu skrip ucapan bertajuk 'Ucapan kepada Konferensi Politik Nasional Untuk Menentukan Hala Tuju Negara Malaysia Untuk 30 Tahun Akan Datang' yang didakwa menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina dengan cara mencemuh amalan yang berhubungan dengan Islam.

Inspektor Polis Didakwa Terima Rasuah


Diterbitkan: Khamis, 27 Mac 2014 9:15 PM
  (Ubah saiz teks)
SHAH ALAM: Seorang pegawai polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menerima rasuah daripada warga asing pada bulan Mac lepas.
Inspektor Raja Mohamad Izzudin Raja Kamarulzaman, 30, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, didakwa menerima suapan RM10,000 daripada seorang warga Bangladesh Md Harun UR Rashid sebagai dorongan melepaskan rakannya, Nazrul Islam, daripada tindakan pengusiran oleh Jabatan Imigresen.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Serdang pada 8.45 malam 14 Mac lepas mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694).

Kes bekas sultanah di mahkamah tertutup




Mahkamah Rayuan Syariah Johor hari ini mengarahkan prosiding rayuan perceraian bekas Sultanah Johor Tuanku Zanariah Tuanku Ahmad dijalankan di mahkamah tertutup.

Keadaan itu tidak pernah berlaku sebelum ini.

Mahkamah juga tidak membenarkan putera dan puteri almarhum sultan Johor Mahmud Iskandar, sebagai contoh Tuanku Masera dan saudaranya, hadir dalam mahkamah.

Tuanku Zanariah, yang memfailkan permohonan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Johor yang mengesahkan perceraian itu, tidak dapat hadir kerana tidak sihat dan mahu diwakili puterinya.