Pages
Wednesday, 26 December 2012
Peperiksaan PJS: Mahkamah-Mahkamah Tinggi
Mahkamah-Mahkamah Tinggi ditubuhkan di bawah Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan. Di Malaysia terdapat 2 Mahkamah Tinggi yang mempuanyai bidangkuasa dan taraf yang setara, iaitu Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Mahkamah Tinggi Malaya terdiri daripada seorang Hakim Besar dan 60 orang hakim manakala Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak terdiri daripada seorang Hakim Besar dan 13 orang hakim (Perkara 121(1) dan 122AA(1) Perlembagaan Persekutuan).
Peperiksaan PJS: Mahkamah Rayuan Malaysia
Mahkamah Rayuan telah ditubuhkan pada tahu 1994. Mahkamah ini mempuanyai bidangkuasa seperti dibawah:
(a) memutuskan rayuan-rayuan terhadap keputusan-keputusan Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimnya;
dan
(b) yang lain yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan. (Perkara 121(1B)
Perlembagaan Persekutuan.
Mulai 1 Mei 2009, bilangan hakim mahkamah ini telah ditambah dari 22 orang kepada 32 orang melalui Perintah Yang di-Pertuan Agong (Perkara 122A(1) Perlembagaan Persekutuan).
Komposisi
Prosiding di Mahkamah Rayuan adalah didengar dan dilupuskan oleh penal tiga hakim atau lebih yang bilangannya hendaklah ganjil dan sebagaimana yang ditentukan oleh Presiden Mahkamah Rayuan (Seksyen 38 Akta Mahkamah Kehakiman 1964). Di bawah Perkara 122A(2) Perlembagaan Persekutuan, seorang hakim Mahkamah Tinggi juga boleh bersidang sebagai Hakim Mahkamah Rayuan jika Presiden Mahkamah Rayuan berpendapat bahawa kepentingan keadilan menghendaki yang demikian. Hakim hendaklah dinamakan bagi maksud itu oleh Presiden selepas berunding dengan Hakim Besar Mahkamah Tinggi berkenaan.
Pelajaran seterusnya dalam komen di bawah:

Subscribe to:
Posts (Atom)