Thursday, 10 April 2014

Pelatih PLKN Seludup Rokok Dalam Roti


Diterbitkan: Khamis, 10 April 2014 7:43 AM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Kelicikan seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk menyeludup 15 batang rokok dengan menyembunyinya di dalam tiga biji roti sosej di Sungkai, Perak tidak kesampaian apabila helahnya terlebih dahulu dihidu oleh pihak pengurusan kem.
Tindakan remaja berusia 17 tahun itu  dikesan ketika jurulatih kem tersebut melakukan pemeriksaan terhadap pelatih Kumpulan 2, Siri 11 yang melapor diri pada Rabu.
Difahamkan, ketika melapor diri kepada pihak kem, remaja berkenaan mendakwa roti tersebut merupakan bekalan makanannya jika terasa lapar semasa menjalani latihan.

Lelaki Warga Indonesia Mati Ditembak


Diterbitkan: Rabu, 9 April 2014 11:24 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Indonesia mati ditembak oleh dua lelaki yang menaiki motosikal di Jalan Raja Bot di sini, manakala seorang pelayan mengalami kecederaan di bahagian kaki akibat terkena peluru sesat.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata, lelaki berusia 40 tahun itu berada di sebuah kedai kopi untuk bertemu seorang rakannya sebelum insiden tersebut berlaku kira-kira pukul 7.40 malam Rabu.

Kes Liwat II: Pakatan fail usul tegur hakim



Sejumlah 63 orang MP Pakatan Rakyat menandatangani satu usul di Parlimen untuk menegur empat hakim yang mendengar kes Liwat II melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan.

Usul tersebut difailkan mengikut Perkara 127 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan hanya Parlimen boleh menegur tindakan kehakiman.

Usul berkenaan menegaskan: "Bahawa Dewan ini mengambil perhatian mengenai kelakuan hakim-hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Aziah Ali, Datuk Balia Yusuf Wahi dan Datuk Mohd Zawawi Salleh (selepas ini dirujuk sebagai 'Hakim-hakim tersebut') dalam mensabitkan Ketua Pembangkang YB Datuk Seri Anwar Ibrahim ada 7 Mac serta menjatuhkan hukuman 5 tahun."