Wednesday 1 April 2015

Anak Fadzil Noor seru tolak tokoh PAS 'api' isu hudud


Anak lelaki bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor menyeru perwakilan PAS agar menolak pemimpin parti yang diangggapnya "mengapi-apikan" isu hudud sehingga boleh menyebabkan Pakatan Rakyat berpecah.

Sebaliknya, Muhammad Faiz menyarankan supaya perwakilan PAS memilih pemimpin parti itu yang "mahu meneruskan legasi" allahyarham ayahandanya dan berjaya menempatkan diri dalam arus perdana politik negara.

Sambil menegaskan kenyataannya itu "bukan kempen" dalam pemilihan parti yang sedang berlangsung, Muhammad Faiz menyebut nama Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Datuk Husam Musa antara pemimpin yang berjaya dilahirkan oleh almarhum ayahandanya.

"Ini pemimpin dalam PAS yang patut kita julang. Kenapa nak lihat beberapa pemimpin dalam PAS yang mengapi-apikan isu hudud ini, sedangkan mungkin mereka tidak ada kredibiliti di mata masyarkat.

"Seperti yang disebutkan oleh YB Liew Chin Tong, kenapa kita tidak meneruskan perjuangan Fadzil Noor. Jadi, marilah menyokong pemimpin PAS yang mahu meneruskan peruangan Fadzil Nor. (Ada) ramai," kata Muhammad Faiz sebagai ahli panel dalam sebuah forum hudud malam tadi.

Wartawan berkumpul sambut pembebasan 3 editor



Hujan renyai-renyai tidak menghalang sekumpulan pengamal media berkumpul untuk bersetiakawan dengan wartawan dan pegawai kanan The Malaysian Insider (TMI) yang ditangkap polis.

Mereka berkumpul seawal jam 7 petang di depan ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi sambil menyalakan lilin dan memakai reben kuning tanda sokongan kepada kebebasan media.

Kumpulan itu juga mengambut pembebasan tiga wartawan kanan TMI Lionel Morais, Amin Iskandar dan Zulkifli Sulong – yang dibebaskan pada 8.30 malam.

Sebaik melangkah daripada bangunan IPD ke pintu utama, ketiga-tiga editor yang disiasat bawah Akta Hasutan 1948 itu disambut sorakan dan tepukan gemuruh daripada teman wartawan dan aktivis.

Ketua Eksekutif TMI Jahabar Sadiq dan penerbit The Edge Ho Kay Tat bagaimanapun masih ditahan dan permohonan reman dijadual dibuat esok.

Mereka ditahan susulan laporan mendakwa Majlis Raja-raja Melayu menolak hudud. Penyimpan mohor besar raja-raja Melayu menafikan perkara itu.

Aktivis ditahan didakwa 'ancam' IGP di Twitter



Tindakan berterusan apabila polis menahan setiausaha NGO Jingga 13, Irwan Yahya di rumahnya di Banting, hampir tengah malam tadi.

Lebih seratus aktivis dan wakil rakyat pembangkang telah ditangkap dalam bulan Mac sahaja.

Penyelaras Jingga13 Fariz Musa berkata Irwan ditangkap polis pada kira-kira 11.40 malam dan dibawa ke ibupejabat polis daerah Dang Wangi.

"Beliau dituduh mengancam Ketua Polis Negara (KPN) di Twitter. Kami masih tidak tahu butir-butir kes itu," Fariz kepadaMalaysiakini.

Irwan pada Sabtu lalu menulis di Twitter: "Biarkn @KBAB51 mnahan klau blh smua leader senior PR..agr mdh bg kmi mgjar igp mgikut cra org mda tpa skatan senior2 PR..igp..bersedialah..

Khalid menjawab: Adik @irwanyahya, @PDRMsia cuma jlnkan Amanah kami demi ketenteraman dan kesejahteraan Rakyat. Mengugut saya tidak manis.

Tweet Irwan telah menarik perhatian awam apabila akhbar Sinar Harian melapor mengenainya dalam satu artikel Sabtu lalu bertajuk ‘Ada yang cuba ajar ketua polis negara di Twitter’.