Friday 7 November 2014

Malaysia Upah Lebih 57,700 Pekerja Nepal Dalam Masa Tiga Bulan Lepas


Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 11:11 PM
  (Ubah saiz teks)
KATHMANDU: Permintaan bagi pekerja Nepal di Malaysia dan beberapa negara Teluk meningkat lebih daripada 33 peratus dalam tempoh tiga bulan lepas.

Laporan suku tahunan daripada Jabatan Pekerjaan Asing Nepal menunjukkan 129,410 rakyat Nepal yang mencari kerja berlepas ke luar negara sejak pertengahan Julai hingga pertengahan Oktober.

"Jumlah itu merupakan peningkatan sebanyak 33 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas," kata laporan itu.

Sebanyak 97,180 rakyat Nepal meninggalkan negara ini untuk bekerja di luar negara pada suku pertama tahun fiskal yang lepas.

Perbuatan Liwat Tidak Pernah Berlaku, Kata Pihak Pembelaan


Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 9:12 PM
Anwar menunjukkan isyarat senyap kepada penyokongnya selepas selesai prosiding hari ketujuh pada Khamis.
  (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Perbuatan liwat di antara penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak pernah berlaku, pihak pembelaan memberitahu Mahkamah Persekutuan pada Khamis.

Peguam utama Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, ini disebabkan, satu permaidani sutera China di unit 11-5-1, di mana kejadian liwat yang didakwa berlaku, ditemui di unit kondominium yang lain, 11-5-2.

Beliau berkata, permaidani itu dirampas oleh pegawai polis forensik Supritendan Amidon Anan untuk profil DNA selepas dia pergi ke kondominium itu dengan pegawai penyiasat dan Mohd Saiful Bukhari untuk mengumpulkan eksibit.

Data Peribadi Berisiko Digodam Jika Layari Laman Web Judi Haram - SKMM


Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 11:26 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Data peribadi individu yang melayari laman web perjudian haram berisiko untuk digodam dan dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab, kata Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi.

Beliau berkata, laman perjudian haram tidak menjamin perlindungan keselamatan data peribadi pengguna dan ramai yang tidak sedar mengenai perkara itu.

"Laman web yang menjalankan aktiviti perjudian haram boleh melakukan pengodaman data peribadi kepada sesiapa sahaja yang mengakses laman itu.