Monday 14 July 2014

Hakim Mahkamah Rayuan Tarik Diri Daripada Dengar Rayuan Shafee


Diterbitkan: Isnin, 14 Julai 2014 7:04 PM
Shafee Abdullah.
  (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mah Weng Kwai hari ini menarik diri daripada mendengar rayuan yang dikemukakan oleh peguam.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah terhadap keputusan Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara yang mengenakan denda terhadapnya kerana salah laku dalam profesionnya.
 
"Saya memikirkannya dengan penuh berhati-hati, saya akan menarik diri," kata Hakim Mah yang diminta oleh Muhammad Shafee supaya menimbang untuk menarik diri daripada mendengar rayuan berdasarkan hubungan rapat beliau dengan Majlis Peguam pada masa lepas.

Hakim Mah ialah pengerusi Majlis Peguam dari 2001 hingga 2003 dan merupakan anggota Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara selama 10 tahun.

Dua Rakan Mengaku Bersalah Miliki Senjata Api Dan Peluru Tanpa Lesen


Diterbitkan: Jumaat, 11 Julai 2014 8:57 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA KANGSAR: Dua rakan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, masing-masing terhadap pertuduhan memiliki senjata api serta peluru tanpa lesen dan permit, pada Jun lepas. 

Penoreh getah itu, Mohamad Amin Abdul Rahman, 29, dan Abdul Rahaman Ramli, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Johari Hassan.

Mohamad Amin didakwa memiliki sepucuk senjata api iaitu senapang buatan sendiri jenis 0.22 tanpa kebenaran sah selain memiliki 41 biji peluru jenis 0.22 dan tujuh biji peluru jenis 12 Gauge tanpa lesen dan permit, antara 1.45 tengah hari dan 2.15 petang di belakang rumah di No 54 Kampung Kelebor di sini, pada 18 Jun lepas.

Mahkamah Tetapkan 8 Ogos Tarikh Pengurusan Kes Rayuan Liwat Anwar


Diterbitkan: Jumaat, 11 Julai 2014 11:38 PM
  (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menetapkan 8 Ogos sebagai tarikh pengurusan kes bagi tiga rayuan berhubung sabitan kesalahan dan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meliwat.

Rayuan berkenaan adalah rayuan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan kesalahan dan menjatuhi hukuman terhadapnya bagi tuduhan meliwat, rayuan Anwar dalam usaha ketiganya untuk mengetepikan peguam Muhammad Shafee Abdullah daripada bertindak sebagai ketua timbalan pendakwa raya dan rayuan balas pendakwa agar Anwar dikenakan hukuman penjara lebih lama.

Pada 3 Mac lepas,Anwar, 67, memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan ketiganya untuk mengetepikan Muhammad Shafee daripada bertindak sebagai pendakwa raya.

Serangan Di Pulau Mabul: Operasi Besar-Besaran Buru Lelaki Bersenjata


Diterbitkan: Ahad, 13 Julai 2014 10:24 AM
Abdul Rajah Jamuan (kiri) dan Zakia Aleip.
  (Ubah saiz teks)
SEMPORNA: Satu operasi besar-besaran di udara dan laut diadakan bagi memburu kumpulan lelaki bersenjata warga Filipina yang mungkin menculik seorang anggota polis marin berpangkat konstabel, dengan semua laluan keluar untuk melarikan diri dari Semporna disekat.
Menurut sumber, bot peronda dari pelbagai pasukan keselamatan termasuk helikopter tentera laut mengawasi kawasan Semporna di mana berlakunya seorang anggota polis marin berpangkat koperal berusia 32 tahun ditembak mati.

Lelaki Ugut Bunuh MB Kedah, Setiausaha Sulit Sultan Ditahan


Diterbitkan: Ahad, 13 Julai 2014 10:22 PM
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Polis telah menahan seorang lelaki berusia 37 tahun yang mengugut untuk membunuh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah.
Lelaki terbabit ditahan pada pukul 5.45 petang Ahad di Shah Alam selepas dia dikesan polis kerana memuatnaik status di laman sosial, Facebook yang mengugut untuk menembak Mukhriz dan Syed Unan Mashri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Nashir Ya berkata, suspek akan dibawa ke Alor Setar untuk siasatan lanjut.
"Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah," ujarnya.
Pemuda Umno Bahagian Jerlun pada Sabtu telah membuat laporan polis berhubung ugutan yang dibuat lelaki itu.