Thursday, 8 May 2014

Wanita Didakwa Salah Guna Kad Bank Rakan Beli Beg Tangan


Diterbitkan: Rabu, 7 Mei 2014 5:11 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan kad bank milik suami rakan serumahnya untuk membeli barangan kosmetik dan beg tangan bernilai RM4,150.
Nazathul Shima Mohd Azman, 38, didakwa dengan curang menyalahgunakan kad bank CIMB milik Aslin Amat untuk membuat pembayaran pembelian kosmetik dan beg tangan wanita di Plaza Damas, Jalan Sri Hartamas 17, di sini pada 11.16 pagi, 25 Feb lepas.

Saman Terhadap Abu Kassim: Abdul Khalid Mahu Pinda Pernyataan Tuntutan


Diterbitkan: Rabu, 7 Mei 2014 2:32 PM
Abdul Khalid Ibrahim.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memohon untuk meminda pernyataan tuntutannya dalam saman terhadap Ketua Pesuruhanjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan kerajaan kerana didakwa telah membayangkan beliau menyalahgunakan kedudukannya atas kapasiti peribadi dan sebagai penjawat awam.

Peguam K.Muralidharan memberitahu pemberita bahawa mereka memfailkan satu permohonan untuk meminda pernyataan itu bagi menambah nama seorang pegawai SPRM yang merakamkan temu bual dan memuat naik ke dalam laman web SPRM dan YouTube yang mengandungi kenyataan fitnah terhadap Abdul Khalid, sebagai pihak dalam saman itu.
Muralidharan berkata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng menetapkan 21 Mei untuk mendengar permohonan itu semasa berjumpa pihak-pihak berkenaan di dalam kamar bagi pengurusan kes pada Rabu.

Mayat Bayi Ditemui Dalam Tandas Klinik Kesihatan


Diterbitkan: Rabu, 7 Mei 2014 7:26 PM
  (Ubah saiz teks)
BUTTERWORTH: Mayat bayi lelaki yang cukup sifat dan dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam tangki air pam tandas di Klinik Kesihatan Butterworth di sini, Rabu.
Mayat bayi dalam keadaan bogel itu ditemui pada pukul 9.10 pagi oleh seorang pesakit wanita yang ke klinik itu untuk mendapatkan rawatan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata berdasarkan keadaan mayat, polis percaya bayi itu dilahirkan dalam tempoh 24 jam lepas.
"Wanita itu yang menggunakan tandas berkenaan mendapati tiada air dalam pam tandas itu dan dia yang membuka penutup tangki itu mendapati ada bayi lelaki dalam keadaan duduk di dalamnya," katanya ketika dihubungi di sini.

17 Lesen Pemandu Bas Ekspres Digantung Positif Dadah


Diterbitkan: Rabu, 7 Mei 2014 9:22 PM
Anggota penguatkuasa jalan raya melakukan pemeriksaan ke atas sebuah bas dalam Operasi Bersepadu Agensi Penguatkuasaan Jabatan Kerajaan yang dijalankan di Jalan Genting Sempah baru-baru ini.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggantung lesen 17 pemandu bas ekspres yang gagal ujian saringan dadah dalam operasi yang dijalankan jabatan itu bagi tempoh 22 April hingga 5 Mei lepas.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata mereka antara lebih 2,000 pemandu bas ekspres yang diperiksa di 22 terminal bas ekspres di seluruh negara.

Dalam tempoh sama JPJ mengeluarkan 39 saman terhadap pemandu bas ekspres yang didapati melakukan kesalahan ketika memandu, katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Kursus Komunikasi Berintegriti Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia, di sini Rabu.