23 Jan 2018, 5:31 pm 23 Jan 2018, 5:34 pm
Seminggu selepas Felda mengumumkan mendapat semula tanahnya di Jalan Semarak Kuala Lumpur, PKR pula hari ini tampil berhujah sebaliknya.
“Saya sudah mendapat beberapa dokumen yang saya akan tunjukkan esok dan lusa untuk menguatkan lagi hujah saya bahawa tanah Felda itu telah hilang selama-lamanya,” kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli (bawah).
Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad pada 15 Januari lalu mengumumkan Felda mendapat kembali tanahnya bernilai RM200 juta tanpa sebarang kos yang dipindah milik kepada pemaju melalui transaksi meragukan.
Katanya lagi, meskipun tanah sudah berpindah milik, namun projek Kuala Lumpur Vertical City di atas tanah itu tetap diteruskan.
Dalam kenyataan hari ini, Rafizi juga mencabar Shahrir berdebat dengannya berkaitan pemilikan tanah itu, termasuk berkaitan pemilikan strata selepas bangunan dibina.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/409724#WpAAULPUolI5ezdj.99