Wednesday, 2 July 2014

Rogol Anak: Bapa Dihukum Penjara 20 Tahun, 12 Sebatan


Diterbitkan: Selasa, 1 Julai 2014 9:50 PM
  (Ubah saiz teks)
KOTA BAHARU: Seorang bapa pada Selasa dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana kesalahan merogol anak kandungnya berusia 14 tahun pada Jun tahun lalu.

Hakim Mohd Yusuff Yunus menjatuhkan hukuman itu terhadap lelaki berumur 33 tahun itu setelah tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Tertuduh yang tidak bekerja itu didapati bersalah merogol anaknya yang ketika kejadian berusia 14 tahun di sebuah kawasan kebun getah, Jalan Jeram Pasu, Pasir Puteh, dekat sini antara pukul 11 malam hingga 11.10 malam, 13 Jun 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun, dan boleh dikenakan tidak kurang 10 sebatan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan hukuman itu bermula dari tarikh tertuduh ditahan pada 16 Jun 2013.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nur Hilwani Mat Rifin.

Kes Bunuh: Polis Buru Geng Tono


Diterbitkan: Selasa, 1 Julai 2014 3:02 PM
  (Ubah saiz teks)
MIRI: Polis Miri yakin dapat menyelesaikan kes pembunuhan seorang pemandu van warganegara Indonesia dengan tertangkap seorang suspek juga warga Indonesia dipercayai anggota Geng Tono malam Isnin.
Ketua Polis Miri ACP Gan Tian Kee berkata, suspek lelaki berbangsa Bugis berusia 32 tahun itu ditangkap pada pukul 11.15 malam tadi di Batu Niah Food Court.
"Suspek berkerja di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran," katanya pada Selasa.
Gan berkata, suspek dan enam rakan lain dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan rakan senegara pada 26 Jun lalu.

Macau Scam: Dua Rakyat Taiwan Ditahan


Diterbitkan: Selasa, 1 Julai 2014 3:08 PM
Telefon dan peralatan komputer yang berjaya dirampas dengan tertumpasnya sindiket penipuan "Macau Scam" di daerah Kluang pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada Selasa.
  (Ubah saiz teks)
JOHOR BAHARU: Polis Johor memberkas dua lelaki warga Taiwan dan melumpuhkan kegiatan penipuan "Macau Scam" yang beroperasi dari sebuah hotel di Kluang.
Bagaimanapun, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif berkata pihaknya sedang memburu seorang lagi lelaki warga Taiwan berusia 35 tahun yang dipercayai dalang dalam kegiatan penipuan itu.
"Sindiket akan menyamar sebagai Pegawai Bank atau Pegawai Jabatan Kerajaan untuk menipu mangsanya," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor pada Selasa.