Tuesday, 10 June 2014

Saksi Nampak Hussain Ditembak Berkali-Kali


Diterbitkan: Isnin, 9 Jun 2014 8:23 PM
Gambar fail lokasi kejadian ketika Hussain ditembak di Kuala Lumpur pada tahun lalu.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Seorang penjaga tokong pada Isnin memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia melihat tertuduh yang didakwa membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (AmBank) Hussain Ahmad Najadi, menembak Hussain berkali-kali sehingga mangsa rebah.
Lim Sok Yee, 37, berkata sebelum itu, dia juga melihat tertuduh, Koong Swee Kwan, 45, menembak isteri Hussain, Cheong Mei Kuen, 49.
"Ketika itu, Hussain dan isterinya sedang menuju ke tempat letak kereta, sebelum tertuduh berlari mengejar mereka dari belakang dan menembak isteri Hussain terlebih dahulu sehingga jatuh.
"Bila isterinya jatuh, Hussain berpusing ke belakang dan dia terus ditembak dari belakang. Bila Hussain jatuh, saya nampak dia (tertuduh) buat sesuatu pada pistolnya, kemudian dia lepaskan beberapa das lagi tembakan," katanya, yang mendengar sebanyak lima das tembakan.

Ibu Bapa Mengaku Tidak Bersalah Aniaya Anak


Diterbitkan: Isnin, 9 Jun 2014 8:37 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang pada Isnin atas pertuduhan menganiaya kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, bulan lepas.
Zuhairy Kasim, 38, dan Nor Zuliana Tahir, 32, didakwa bersama-sama melakukan perbuatan itu terhadap Muhammad Akhil Mustaqim Rasidy iaitu anak kandung Nor Zuliana yang juga anak tiri lelaki itu di Pangsapuri Permai Ria, Tasik Permai, Ampang dekat sini pada 12.30 tengah hari, 23 hingga 26 Mei lepas.
Pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mayat Gareth Dituntut Untuk Dikebumikan


Diterbitkan: Isnin, 9 Jun 2014 3:40 PM
Gareth Huntley.
  (Ubah saiz teks)
KUANTAN: Mayat lelaki warga Britain Gareth David Huntley, 34, yang ditemui di Sungai Mentawang, di Kampung Juara, Pulau Tioman Rabu lalu dituntut oleh wakil keluarga berkenaan pada Isnin.

Mayat Huntley yang merupakan sukarelawan di Pusat Santuari Penyu Kampung Juara, Pulau Tioman dituntut dari Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) kira-kira 1.30 tengah hari oleh wakil keluarganya daripada Casket Paradise Funeral Sdn Bhd.

Menurut wakil syarikat berkenaan, mayat Huntley akan dibawa ke Kuala Lumpur sebelum diterbangkan ke Britain Rabu ini untuk proses pengebumian.

Bagaimanapun kelibat ibu mangsa, Janet Southwell dan teman wanita Huntley, Kit Natariga, tidak kelihatan sepanjang proses tuntutan mayat itu dilakukan pada Isnin.

Lelaki Terkena Bom Botol Meninggal Dunia


Diterbitkan: Isnin, 9 Jun 2014 4:21 PM
  (Ubah saiz teks)
BUKIT MERTAJAM: Seorang pemandu lori yang cedera parah dan melecur selepas rumahnya di Taman Pinggiran Alma, Machang Bubok dibaling dengan bom botol di sini Isnin lepas, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP), George Town pada Isnin (hari ini).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata, berikutan itu, pihaknya membuka siasatan kes berkenaan menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
"Dalam kejadian itu, mangsa P.Vijayan, 56, dan isterinya P. Amutha,42 , mengalami kecederaan parah serta melecur di badan dan muka selepas dua lelaki yang memakai topi kaledar masuk ke dalam rumah mereka dan membaling molotov cocktail (bom botol).