Diterbitkan: Isnin, 5 Mei 2014 6:43 PM
Kelihatan seorang anggota VAT 69 berkawal di luar Penjara Kota Kinabalu yang dijadikan Mahkamah Terbuka bagi perbicaraan 30 individu yang didakwa terbabit dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu.
(Ubah saiz teks)
Mejar Mohd Nasir Aziz berkata pada 6 Mac tahun lepas, ketika melakukan operasi pembersihan untuk mengeluarkan para penceroboh bersenjata dari Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, beliau ternampak seorang penceroboh bersenjata di anjung sebuah rumah sedang menembak ke arahnya.
Menurutnya beliau menaiki sebuah kereta kebal (APC) dengan sekumpulan anggota komando VAT69 untuk memasuki kampung itu dari Kampung Tanjung Labian.