Diterbitkan: Isnin, 14 April 2014 2:16 PM
(Ubah saiz teks)
KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menetapkan 18 Mei sebagai pengurusan kes permohonan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengetepikan perintah penghakiman ingkar terhadapnya dalam kes saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Mohamad Nasrudin Mohamed menetapkan tarikh berkenaan berikutan permohonan Abdul Hadi untuk mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu itu.
Mohd Shamsul dan Abdul Hadi tidak hadir di mahkamah hari ini dan masing-masing diwakili peguam A. Vasudevan dan Asmuni Awi.
Permohonan pada Isnin untuk mengenepikan perintah mahkamah tetapi tarikh 18 Mei ditetapkan untuk pengurusan kes sebelum tarikh perbicaraan ditetapkan di hadapan hakim, kata Vasudevan ketika ditemui pemberita.