Tuesday 17 June 2014

Denda RM1.8 Juta Kerana Rasuah, Pengubahan Wang Haram


Diterbitkan: Isnin, 16 Jun 2014 2:30 PM
  (Ubah saiz teks)
MELAKA: Seorang bekas pemeriksa penyelenggaraan loji kimia hari ini dijatuhi hukuman denda lebih RM1.8 juta dan penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah atas lapan tuduhan rasuah dan 13 tuduhan pengubahan wang haram antara tahun 2006 hingga 2010.
Hakim Ahmad Sazali Omar turut mengarahkan hukuman penjara ke atas T Gauthaman, 45, berjalan serentak, menjadikan tertuduh menjalani hukuman penjara empat tahun.
Tertuduh boleh dipenjara lebih tujuh tahun lagi sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Ahmad Sazali turut membenarkan permohonan Gauthaman untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sehingga proses rayuan di Mahkamah Tinggi selesai.
Mahkamah juga menaikkan jumlah jaminan terhadap tertuduh daripada RM100,000 kepada RM130,000 dengan seorang penjamin.

Kumpulan Lanun Rompak Kapal Tangki Dipercayai Rakyat Indonesia


Diterbitkan: Selasa, 17 Jun 2014 10:12 AM
Kapal tangki Mt Ai Maru.
  (Ubah saiz teks)
PENGERANG: Sekumpulan lanun yang merampas 700,000 liter diesel dari sebuah kapal tangki di Tanjung Sedili dipercayai terdiri dari warga Indonesia, berdasarkan loghat mereka.

Kesimpulan itu dibuat berdasarkan hasil siasatan awal dan keterangan yang direkodkan dari 13 anak kapal warga Thailand dan kapten warga Indonesia kapal tersebut.

"Anak-anak kapal turut memberitahu kami bahawa lanun tersebut mengikat mereka dengan tali raffia sebelum mengurung mereka di dalam bilik," kata Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Wilayah Selatan, Kapten Ibrahim Mohamed.

Beliau berkata, anggota penguatkuasa Maritim Malaysia turut menjumpai sarung parang dan majalah senjata api yang ditinggalkan di kapal selepas insiden tersebut.

Militan Malaysia Di Syria Berdepan Tindakan Jika Pulang - Ahmad Zahid


Diterbitkan: Isnin, 16 Jun 2014 6:26 PM
Rakyat Malaysia yang menjadi anggota militan di Syria tidak akan terlepas tindakan undang-undang jika pulang.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang menyertai pasukan militan di Syria akan dikenakan tindakan undang-undang jika pulang ke negara ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Maklumat diperolehi dan jika mereka menjejakkan kaki di Malaysia, pasti tangkapan akan dilakukan dan tindakan undang-undang dijalankan," katanya selepas menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat di Malaysia, Joseph Y.Yun di sini, Isnin.
Beliau berkata, kementerian, khususnya Polis Diraja Malaysia kini bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia bagi memantau kegiatan merekrut anggota baharu menerusi laman sosial.

Mengulas penglibatan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sandakan, Sabah yang disyaki terbabit dalam kegiatan militan, Ahmad Zahid berkata, kerajaan tidak akan bertolak ansur jika dia terbukti terlibat.