Sunday 27 April 2014

JPJ Tahan Empat Pemandu Bas Ekspres Positif Dadah


Diterbitkan: Sabtu, 26 April 2014 11:11 PM
  (Ubah saiz teks)
ALOR SETAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telahpun menahan empat pemandu bas ekspres yang didapati positif dadah.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata sejak ujian air kencing terhadap pemandu bas dilaksana Selasa lepas, pihaknya memeriksa kira-kira 622 pemandu di stesen bas ekspres seluruh negara.

Beliau berkata setakat ini, pihaknya menahan dua pemandu di Negeri Sembilan, seorang di Wilayah Persekutuan dan seorang lagi di Terengganu.
 
"Kesemua pemandu positif dadah dibawa ke klinik untuk pemeriksaan lanjut dan buat sementara waktu ini, kita gantung lesen mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JPJ Zon Utara hari ini.

Lima Pelajar UIAM Parah, Bas Terbabas Di Lebuh Raya PLUS


Diterbitkan: Ahad, 27 April 2014 11:32 AM
Bas yang membawa pelajar UIAM terbabas di Kilometer 25.2 Lebuh Raya Utara Selatan pada pagi Ahad.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Lima pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cedera parah, selepas bas yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 25.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), di Kuala Lumpur, kira-kira pukul 9.30 pagi Ahad.
Menurut sumber, bas yang membawa 31 orang termasuk pemandu itu dalam perjalanan menuju ke Bukit Cherakah, Shah Alam.
"Menurut saksi, bas berkenaan hilang kawalan lalu terbabas di bahagian kiri lebuh raya dan melanggar penghadang pembinaan sebelum terbabas ke tapak pembesaran jalan.
"Seramai lima pelajar UIAM parah terdiri daripada empat pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan," katanya.