Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh seorang jurutera yang tinggal di United Kingdom supaya mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan namanya daripada daftar pemilih.
Hakim Vernon Ong membuat keputusan itu dalam kamar.
S.K. Dinesh, 32, menamakan SPR dan Ketua Pendaftar SPR Selangor sebagai responden.
Bapanya, K. Siva Kumar, 63, memfailkan permohonan berkenaan bagi pihak Dinesh di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan SN Fam & Co pada 4 April lepas.
Dalam permohonannya, Dinesh memohon suatu perintah untuk mengarahkan SPR menggugurkan nama beliau sebagai seorang pengundi daripada daftar pemilih bagi kawasan Klang.
Dinesh mendakwa tidak pernah mendaftar dirinya sebagai pengundi.
Peguam John Fam, yang mewakili Dinesh berkata hakim itu menyatakan Peraturan 25 (5) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 tidak membenarkan Ketua Pendaftar pemilih meminda daftar pemilih apabila Parlimen dibubarkan.
Hakim, katanya juga berkata Peraturan 25 (2) (g) peraturan yang sama yang mengatakan bahawa Ketua Pendaftar, boleh, pada bila-bila masa membuat apa-apa perubahan atau pertukaran kepada daftar pemilih induk (sebagaimana yang difikirkan perlu).
"Hakim berpendapat bahawa perkataan 'boleh' bermakna ia adalah budi bicara SPR (untuk menggugurkan atau meminda nama-nama dari senarai daftar pemilih).
"Jika budi bicara, mahkamah tidak cenderung untuk mengganggu budi bicara ketua pendaftar SPR," katanya.
John Fam berkata kerana kes itu melibatkan kepentingan awam, mahkamah tidak membuat keputusan untuk memberikan kos.
Responden diwakili oleh peguam Muzila Mohamed Arshad.