Friday, 21 August 2015

Pegawai AG dipecat, akan fail afidavit 'meletup'?



Jessica Kaur dan keluarganya dijangka memfailkan semakan kehakiman dengan afidavit 'meletup' mengapa pihak berkuasa cenderung menamatkan perkhidmatannya di Pejabat Peguam Negara dan membatalkan statusnya sebagai penduduk (PR).
Beliau telah menjadikan Malaysia tempat kediamannya selama lebih 20 tahun sebelum tindakan secara tiba-tiba dalam beberapa hari, yang bermula dengan siasatan pihak berkuasa terhadapnya dan bekas penasihat SPRM Tan Sri Rashpal Singh berhubung dakwaan kebocoran kertas pertuduhan yang didakwa terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Semakan kehakiman itu akan mencabar pemecatannya, pembatalan status PR dan dakwaan pengusiran secara paksa dari Malaysia.
"Beliau akan memfailkan afidavit 'meletup' mendedahkan mengapa mereka melakukan perkara ini," kata sumber yang rapat dengannya.
Semalam dilaporkan bahawa Jessica tiba-tiba ditamatkan perkhidmatannya di Pejabat Peguam Negara.

Transaksi RM42 juta: PM belum jelaskan

T


Datuk Seri Najib Razak belum menjelaskan kepada pemimpin Umno mengenai wang RM42 juta yang dimasukkan ke akaun persendiriannya oleh anak syarikat SRC International.
Ditanya mengenai kemungkinan wang berkenaan adalah sumbangan derma, Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata: "Saya tak tahu. Ia terserah kepada beliau (Najib)".
SRC International adalah sebuah firma milik Kementerian Kewangan yang diketuai Najib. Ia juga pernah menjadi anak syarikat 1MDB.
Laporan The Wall Street Journal pada 3 Julai lalu melaporkan, sejumalh RM50 juta dipindahkan dari SRC International kepada anak syarikatnya, Gandingan Mentari sebelum dialihkan kepada satu lagi anak syarikat, Ihsan Perdana.
Ihsan Perdana kemudian memindahkan RM42 juta ke akaun Najib.
Transaksi itu dilakukan antara Disember 2014 dan Februari tahun ini.

Kes 1MDB: Ahli Umno serah bukti pada AG Swiss



Bekas naib ketua bahagian Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyerahkan bukti berhubung skandal 1MDB kepada peguam negara Switzerland dua hari lalu.
Dalam kenyataan dalam Facebooknya hari ini, Khairuddin berkata beliau menyerahkan bukti dan kronologi skandal itu kelmarin jam 2.30 petang waktu tempatan.
"Kunjangan saya ke pejabat peguam negara Switzerland di Bern telah ditemani oleh peguam saya, Matthias Chang," katanya.
Katanya, beliau menyerahkan kepada pihak penguatkuasa undang-undang negara itu untuk membuat siasatan komprehensif terhadap semua dakwaan salahlaku firma itu yang membabitkan bank di negara itu serta beberapa bank antarabangsa.
Chang adalah bekas pembantu mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Sementara itu, agensi berita Reuters turut melaporkan semalam, jurucakap pengawal selia kewangan Switzerland Finma sedang memeriksa beberapa bank negara itu sama ada mereka mempunyai urusan perniagaan dengan 1MDB.
Siasatan Bank Negara Malaysia berkaitan 1MDB, yang lembaga penasihatnya dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sudah diselesaikan awal bulan ini.
Syarikat itu sedang bergelut sekitar kontroversi sekitar hutang besar lebih RM40 bilion itu.
Dalam kenyataan itu juga, Khairuddin berkata kes skandal 1MDB itu mesti dilawan habis-habisan demi menyelamatkan dana wang rakyat daripada sebarang unsur penyelewangan.
"Saya bersama peguam iaitu Matthias Chang berikrar untuk menangani kes skandal 1MDB serta menyerahkan kepada pihak penguatkuasa undang-undang dan kewangan antarabangsa bagi membantu menyiasat penyelewengan ini secara telus, adil, saksama serta komprehensif," katanya.
"Saya amat kecewa dengan pihak penguatkuasaan undang-undang dan kewangan di negara kita yang nampak secara ketara tidak menyiasat kes ini secara professional dan telus," katanya.

Pegawai di Pejabat AG ditamat perkhidmatan, PR dibatalkan



Seseorang pegawai yang bertugas di Pejabat Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur, yang disiasat oleh pihak polis berkaitan dengan dakwaan kebocoran kertas pertuduhan yang didakwa mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, dikatakan telah ditamatkan perkhidmatannya.
Juga difahamkan bahawa Jessica, seorang warganegara Singapura, turut dibatalkan statusnya sebagai penduduk tetap (PR).
Sumber-sumber memetik dia telah ditamatkan perkhidmatannya sebagai ketua pentadbiran dan kewangan sekretariat pasukan petugas khas, dan juga dari Pejabat Peguam Negara.
Satu sumber yang mengetahui dari Pejabat Peguam Negara mengesahkan bahawa kontraknya dengan pejabat tersebut telah ditamatkan.
Seorang pegawai Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur, yang tidak mahu namanya disebut, mengesahkan seseorang telah bertanya pihaknya baru-baru ini tentang prosedur, selepas mendengar bahawa status penduduk tetap orang itu telah dibatalkan.
Jessica, dan bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Rashpal Singh, ditahan polis pada 31 Julai, berkaitan dakwaan kebocoran kertas pertuduhan yang dilaporkan dalam Sarawak Report.
Turut ditahan ialah timbalan pendakwaraya SPRM Ahmad Sazilee Abdul Khairi beberapa jam kemudiannya pada 1 Ogos.
Selain Jessica dan Rashpal, tujuh pegawai SPRM termasuk Ahmad Sazilee, sedang disiasat berhubung dakwaan kebocoran kertas pertuduhan itu.
Pasukan petugas yang menyiasat 1MDB pada asalnya dipengerusikan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, sebelum perkhidmatannya ditamatkan secara tiba-tiba pada pada 27 Julai.
Pasukan penyiasat antara jabatan itu, telah dibubarkan oleh AG baru Tan Sri Mohamad Apandi Ali.