Thursday, 29 May 2014

Kalimah 'Allah': Keputusan Permohonan Gereja 23 Jun


Diterbitkan: Rabu, 28 Mei 2014 10:47 PM
  (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan akan menyampaikan keputusannya pada 23 Jun ini, sama ada membenarkan atau tidak, permohonan kebenaran merayu oleh Gereja Katolik terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penerbitan mingguan 'The Herald' daripada menggunakan kalimah 'Allah', dalam versi bahasa Malaysia terbitannya. 

Peguam S.Selvarajah, yang mewakili gereja itu, ketika dihubungi Bernama berkata beliau menerima sepucuk surat daripada timbalan pendaftar Mahkamah Persekutuan Nor Aziati Jaafar petang semalam untuk memaklumkan tentang penetapan tarikh pada 23 Jun itu.

Suspek Kes Tembak Di Lahad Datu Ditahan


Diterbitkan: Rabu, 28 Mei 2014 10:09 PM
Lokasi kejadian di mana seorang anggota komando mati ditembak, manakala dua orang awam cedera di Lahad Datu, pagi Rabu.
  (Ubah saiz teks)
LAHAD DATU: Anggota tentera yang didakwa melepaskan tembakan di luar sebuah kedai 24 jam dan membunuh seorang tentera serta mencederakan dua orang awam pada Rabu telah ditahan oleh pihak polis.

Suspek itu merupakan salah seorang daripada 11 anggota tentera yang ditahan pada tengahari berkaitan kes tembakan pagi Rabu.

Seramai 14 orang telah ditahan untuk disoal siasat.

Anggota tentera yang meninggal dunia di hospital Lahad Datu dalam kejadian awal pagi ini dikenal pasti sebagai Lans Korperal Mohd Fiffixezafey Mat Hussin, 28, akibat peluru yang mengenai bahagian dadanya.

Peperiksaan Kelayakan PJS 2014

Semua calon-calon Pesuruhjaya Sumpah,
diberitahu bahawa Peperiksaan Kelayakan
untuk menjadi Pesuruhjaya Sumpah akan
di adakan Pada 26 dan 27 Jun akan datang.
Semua calon-calon bersiap sedia dengan
persediaan 100 peratus jika ingin lulus
peperiksaan tersebut.  Tiada jalan mudah
untuk lulus selain dari kita membaca dan
membuat kajian dengan bersungguh-sungguh.