Warga Afrika yang ditahan dalam Ops Cantas Khas-Ops Tiong di Cheras awal pagi Jumaat.
KUALA LUMPUR: Polis menggeledah lebih 10 rumah di Kondominium Cendikia, Taman Connaught, Cheras di sini bagi memburu penjenayah warga Afrika yang dikesan melakukan pelbagai jenayah penipuan, awal pagi Jumaat.
Dalam operasi yang melibatkan 232 anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dan pelbagi agensi kerajaan itu turut menggempur sebuah kafe siber dan kelab malam.
Kedua-dua premis di Taman Connaught itu merupakan koloni warga Afrika sejak hampir 10 tahun lalu serta sering menjadi sasaran pihak berkuasa dalam memburu jenayah warga asing.