Thursday 15 May 2014

Polis Tumpas Sindiket 'African Scam', Tahan Lima Lelaki Nigeria


Diterbitkan: Khamis, 15 Mei 2014 7:55 PM
ACP Mohan Singh Tara Singh
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket kes penipuan melibatkan warga Afrika (African Scam) dengan penahanan lima lelaki Nigeria dalam satu serbuan di sebuah rumah di Bandar Mahkota Cheras di sini, Rabu.

Ketua Daerah Polis Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata kesemua suspek berumur lingkungan 25 hingga 35 tahun dan merupakan pelajar di beberapa buah kolej swasta di sekitar ibu negara dan Selangor ditahan pada pukul 1 tengah hari.

"Polis turut merampas enam buah komputer riba dan sembilan telefon bimbit pelbagai jenama dalam serbuan itu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini Khamis.

Kesemua suspek ditahan reman sehingga Isnin depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Ibu Bapa Kanak-Kanak Lelaki Hilang Ditahan


Diterbitkan: Khamis, 15 Mei 2014 9:00 PM
Ibu bapa kanak-kanak hilang, Low Min You ditahan reman selama tiga hari.
  (Ubah saiz teks)
KOTA KINABALU: Kes kanak-kanak hilang Low Min You yang berusia tiga tahun menjadi semakin rumit berikutan penangkapan ibu bapanya.

Low Yee Sheng, 31, dan isterinya Yong Siew Yee, 26, ditahan apabila mereka hadir di balai polis daerah Kota Kinabalu di Karamunsing pada petang Rabu.

Low, yang merupakan pemasang kamera litar tertutup dan Yong sebelum ini telah diminta untuk pergi ke balai polis.

Waspada Penjenayah Pecah Cermin Kereta, Samun Beg Tangan


Diterbitkan: Rabu, 14 Mei 2014 7:50 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Polis menerima 10 laporan kes samun dengan memecah cermin kereta sebelum merampas beg tangan di tempat duduk penumpang.
Ketua Polis Wangsa Maju, Supritendan Nor Azman Muhamad Yusof, berkata semua kes terbabit berlaku sekitar daerah itu termasuk Gombak, Genting Kelang dan Ampang Hilir dengan mensasarkan wanita berusia dalam lingkungan 40-an.
"Kejadian ini biasanya dilakukan ketika waktu hujan, lalu lintas sesak dan ketika kenderaan berhenti di lampu isyarat.
"Modus operandi mereka adalah bergerak berdua menggunakan motosikal dengan memantau kereta yang dipandu wanita dan menggunakan palam pencucuh untuk memecahkan cermin kereta mangsa," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, Rabu.

Pemandu Peribadi Hadapi 484 Pertuduhan Pindah Harta Curi Lebih RM600,000


Diterbitkan: Rabu, 14 Mei 2014 6:24 PM
  (Ubah saiz teks)
KLANG: Pemandu peribadi seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas lebih 400 pertuduhan menolong memindahkan harta curi membabitkan wang lebih RM600,000.

Saidina Azzuanira Saidina Othman, 43, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam tempoh sejam oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Fadhly Yaacob.

Tertuduh didakwa atas 484 pertuduhan menolong memindahkan harta curi iaitu wang berjumlah RM643,897.42 ke akaun bank milik perniagaannya, Mai Trading.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Hong Leong Bank Bhd cawangan Pelabuhan Klang di sini antara 3 Jan 2012 dan 30 Januari 2013.

Sekali Lagi Chegubard dan Dua Lagi Dilepas Tanpa Dibebaskan


Diterbitkan: Rabu, 14 Mei 2014 7:18 PM
Chegubard
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Ketua cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau 'Chegubard' dan dua lagi sekali lagi dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan menganjurkan perhimpunan haram pada malam Ambang Tahun Baharu oleh Mahkamah Seksyen di sini, Rabu.

Hakim Ahmad Bache membuat keputusan itu selepas Chegubard, 35, yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Mohamed Bukhairy Mohamed Sofian, 23 iaitu Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Pengarah Propaganda SAMM Edy Nor Reduan, 33, mengaku tidak bersalah.

Pada 28 April lepas, ketiga-tiga tertuduh dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Seksyen atas pertuduhan menganjurkan perhimpunan bagi membantah kenaikan harga barang serta cukai barang dan perkhidmatan (CBP).

'Ustaz' Pengasas Pusat Perubatan Tradisional Ditahan


Diterbitkan: Rabu, 14 Mei 2014 11:07 PM
Khairul Azman Azizan
  (Ubah saiz teks)
BUKIT MERTAJAM: Seorang pengasas sebuah pusat perubatan tradisional ditahan dalam serbuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) di sebuah rumah teres yang dijadikan pusat perubatan itu di Permatang Pauh di sini.

Turut ditahan bersama lelaki berusia 46 tahun yang menggelarkan dirinya ustaz itu ialah dua wanita berusia 32 dan 40 tahun.

Ketua Unit Penguatkuasaan JHEAIPP Khairul Azman Azizan berkata pusat perubatan tradisional itu diserbu kerana didapati menjalankan rawatan bertentangan dengan hukum syarak.

SPRM Tahan Enam Penguatkuasa Terima Rasuah Lindungi Operasi Haram



Diterbitkan: Rabu, 14 Mei 2014 11:35 PM

Salah seorang anggota penguatkuasa yang ditahan pegawai SPRM, Rabu, kerana disyaki menerima rasuah bagi melindungi operasi penjualan VCD dan DVD haram sekitar Pulau Pinang.
  (Ubah saiz teks)
GEORGE TOWN: Enam anggota penguatkuasa termasuk pegawai kanan dan pesara pasukan itu ditahan kerana disyaki menerima rasuah bagi melindungi operasi penjualan cakera padat video (VCD) dan cakera padat digital (DVD) haram sekitar Pulau Pinang.

Empat lagi yang ditahan membabitkan dua pegawai rendah yang dipercayai menerima suapan dalam bentuk wang tunai, sama ada secara terus atau dimasukkan ke akaun pihak ketiga.

Penahanan yang dilakukan sepasukan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu kurang 24 jam selepas mStar Online mendedahkan kegiatan anggota penguatkuasa menuntut wang perlindungan antara RM50 hingga RM200 sebulan daripada setiap pengusaha premis berkenaan di negeri itu.