Monday 22 June 2015

Permohonan Mkini tukar hakim ditolak



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonanMalaysiakini untuk menukar hakim  Datuk Kamaludin Md  Said dalam kes saman Datuk Seri Najib Razak kepada portal berita ini.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad menolak memberikan kebenaran kepada Malaysiakini untuk memulakan semakan kehakiman untuk pertukaran hakim.

Asmabi juga mengarahkan Malaysiakini membayar kos RM5,000.
 

Kekeliruan tercetus kes rayuan qazaf Anwar



Kekeliruan tercetus di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini bagi kes rayuan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara tersebut berkisar mengenai pengurusan kes dan kekeliruan mengenai masa pertemuan dengan ketua pendafar Mahkamah Syariah.

Peguam, yang mewakili Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Bahrom, mendakwa pertemuan itu ditetapkan pada 9 pagi, sementara peguam Anwar berhujah ia dijadualkan pada 11 pagi.

Susulan itu, peguam kepada Jamil menemui timbalan pendaftar Mohd Khairul Nizam Kassim dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tanpa kehadiran satu pihak lagi pada 10 pagi.

Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan dalam kamar, peguam Jamil Khir yang diketuai Roslizam Rahim berkata bahawa Anwar sepatutnya menjawab afidavit mereka dan melantik peguam tetapi tidak berbuat demikian.

"Sebagai keadilan, mahkamah memberi Anwar lebih banyak masa sehingga 6 Julai ini untuk membalas afidavit anak guam kami dan melantik peguam," kata beliau sambil menambah bahawa pelantikan itu boleh dibuat dari penjara.

Kemudian, peguam Anwar Rafie Mohd Shafie yang awal sampai dan menunjukkan surat daripada peguam Jamil Khir yang menyatakan pengurusan kes ditetapkan pada 11 pagi.