Sunday 30 March 2014

Keputusan Permohonan Abdul Hadi Ketepi Perintah Penghakiman Ingkar 14 April


Diterbitkan: Ahad, 30 Mac 2014 2:49 PM
Abdul Hadi Awang
  (Ubah saiz teks)
KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menetapkan 14 April bagi keputusan permohonan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengetepikan perintah penghakiman ingkar berhubung kes saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

Keputusan itu dibuat selepas Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Mohamad Nasrudin Mohamed, memberi tempoh kepada plaintif, Mohd Shamsul yang diwakili peguam A. Vasudevan menfailkan afidavit balasan yang dikemukakan pihak defendan.

Abdul Hadi yang merupakan anggota Parlimen Marang dinamakan sebagai defendan, tidak hadir di mahkamah hari ini, beliau diwakili peguamnya, Asmuni Awi manakala plaintif hadir di mahkamah.

Shalwati Kemungkinan Besar Tidak Cabar Keputusan Mahkamah - Peguam


Diterbitkan: Ahad, 30 Mac 2014 9:06 AM
Shalwati (kiri) dan Azizul akan menjalani tempoh hukuman penjara yang lebih pendek dengan kelakuan baik.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Kerajaan akan membantu Azizul Raheem Awalluddin dan Shalwati Norshal di Sweden jika mereka mahu mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara terhadap mereka, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

"Semuanya terpulang kepada mereka, sama ada mahu merayu, tetapi kami bersedia untuk membantu mereka," katanya.

Anifah berkata, bagaimanapun, Malaysia menghormati keputusan Mahkamah Daerah Solna yang mendapati Azizul, Pengarah Pelancongan Malaysia di Sweden dan isterinya bersalah.

Pasangan Suami Isteri Ditemui Mati Dengan Kesan Kelar, Anjing Peliharaan Dibunuh


Diterbitkan: Ahad, 30 Mac 2014 1:54 PM
Selvam (kiri) bersama isterinya Anita
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri ditemui mati dengan leher dikelar di flat mereka di Kampung Muhibbah pada Sabtu.

Difahamkan, dalam kejadian pukul 11 malam di Blok C Projek Perumahan Rakyat Muhibbah, suami kepada wanita terbabit telah mengelar leher isterinya selepas berlaku pertengkaran sebelum mengambil nyawanya sendiri.

Mayat pasangan itu yang berlumuran darah ditemui bergelimpangan di atas lantai di dalam bilik dengan dua ekor anjing peliharaan mereka turut dibunuh.