Saturday 8 December 2012

Bagaimana Hakim Mahkamah Atasan dilantik

Sejak tahun 2009 sehingga kini Hakim Mahkamah Atasan
telah dilantik oleh Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman.  Suruhanjaya
tersebut berfungsi antara lain:

(a)  memberikan syor kepada Perdana Menteri, siapakah
      yang layak dilantik sebagai Hakim Mahkamah Atasan.
      (Mahkamah Atasan: Mahkamah Persekutuan, Mahkamah
       Rayuan dan Mahkamah Tinggi)

(b)  mendukung Kebebasan Kehakiman yang berterusan bagi
      Badan Kehakiman Malaysia.

Keanggotaan Suruhanjaya

Menurut Seksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman
2009, keanggotaan suruhanjaya adalah terdiri daripada anggota
berikut:

(a)  Ketua Hakim Negara
(b)  Presiden Mahkamah Rayuan
(c)  Hakim Besar Malaya
(d)  Hakim Besar Sabah dan Sarawak
(e)  Seorang Hakim Mahkamah Persekutuan
(f)  Empat orang terkemuka, yang bukan merupakan anggota
      eksekutif atau perkhidmatan awam yang lain.