Thursday, 16 June 2016

Kehadiran Azmin Kelirukan Rakyat - Hishammuddin


MSTAR, Diterbitkan: Rabu, 15 Jun 2016 7:18 PM
  (Ubah saiz teks)
SUNGAI BESAR: Kehadiran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turun padang untuk kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di sini hanya menimbulkan lebih tanda tanya kepada rakyat.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, adalah mengelirukan apabila Azmin muncul menyokong Pakatan Harapan dan dalam masa sama mendoakan PAS atas nama politik matang.
"Macam mana nak kata matang kalau ia mengelirukan rakyat," katanya kepada pemberita Rabu.
Bagaimanapun ketika ditanya, beliau tidak menafikan apa yang berlaku ini sedikit-sebanyak memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN).
"Nak cakap tak ada kelebihan pun tak benar juga kerana bila pemimpin-pemimpin mereka turun, contohnya Azmin turun, timbulkan lebih banyak tanda tanya apabila dia sokong calon Amanah.
"Tapi pada masa sama doakan calon PAS selamat dan perancangan kempen berjalan lancar, apa makna hujah begitu, lebih-lebih lagi ia datang daripada pemimpin tertinggi pentadbiran Selangor," katanya.

Rafizi: K'jaan ada tiga pesawat, kenapa sewa jet peribadi?

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mempersoalkan keperluan kerajaan menyewa sebuah jet peribadi sedangkan ia sudah mempunyai tiga pesawat sedia ada.
Ia berikutan pendedahan beliau minggu lalu bahawa isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan pesawat Airbus ACJ319 A6-CJE yang dimiliki Emirates Airline bagi perjalanan ke Istanbul.
Berdasarkan anggarannya, Rafizi berkata RM86.4 juta telah dibelanjakan untuk menyewa jet itu selama dua bulan.
Justeru ahli parlimen Pandan itu berkata jet kerajaan sedia ada sepatutnya digunakan untuk perjalanan itu.