Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mempersoalkan keperluan kerajaan menyewa sebuah jet peribadi sedangkan ia sudah mempunyai tiga pesawat sedia ada.
Ia berikutan pendedahan beliau minggu lalu bahawa isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan pesawat Airbus ACJ319 A6-CJE yang dimiliki Emirates Airline bagi perjalanan ke Istanbul.
Berdasarkan anggarannya, Rafizi berkata RM86.4 juta telah dibelanjakan untuk menyewa jet itu selama dua bulan.
Justeru ahli parlimen Pandan itu berkata jet kerajaan sedia ada sepatutnya digunakan untuk perjalanan itu.
Kerajaan kini memiliki ACJ319 9M-Naa yang dibeli beberapa tahun lalu, sementara ACJ320 9M-NAB dibeli pada tahun lepas dan kini di bawah penyelenggaraan.
Dalam sidang media hari ini, Rafizi mengingatkan bagaimana kerajaan menjelaskan bahawa ACJ320 9M-NAB dibeli untuk menggantikan psawat BBJ737 M53-01.
Bagaimanapun memetik rekod penerbangan BBJ 737-700 baru-baru ini, Rafizi berkata, jet itu masih aktif digunakan oleh kerajaan.
Jet itu, bagaimanapun, tidak digunakan antara 17 hingga 30 Mei.
Jet ACJ319 9M-NAA sebaliknya digunakan dari 24 Mei hingga 29 Mei untuk penerbangan domestik.
Oleh itu, Rafizi berkata BBJ737-700 sepatutnya digunakan oleh Rosmah.
No comments:
Post a Comment