Polis merancang untuk memanggil tiga hakim - selain individu-individu lain - untuk memberi keterangan berhubung dakwaan hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer berhubung salah laku hakim
Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya mahu menyelesaikan siasatan secepat mungkin.
"Sebaik sahaja selesai, kertas siasatan akan dihantar kepada timbalan pendakwa raya," katanya seperti dipetik The Star, hari ini.
Bulan lalu, Hamid membuat afidavit yang mengandungi beberapa dakwaan mengejutkan berkenaan salah laku kehakiman yang dilakukan hakim, antaranya subahat dengan pihak swasta untuk menipu dana awam dan campur tangan dalam perbicaraan.