Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibraim mengarahkan peguamnya untuk memulakan prosiding penghinaan mahkamah terhadap bekas ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dan kerajaan Malaysia.
Beliau juga mengarahkan Sankara Nair mengambil apa-apa tindakan yang difikirkan sesuai dan setimpal dengan tindakan yang dilakukan defendan apabila gagal, enggan dan ingkar terhadap perintah mahkamah yang dimaterai secara persetujuan pada 19 Mac lalu.
Antara terma persetujuan yang direkodkan di hadapan hakim Datuk Lau Bee Lian: Ahmad Said (kanan) melafazkan permohonan maaf di mahkamah terbuka dan menyiarkan permohonan maaf tersebut di muka depan dua akhbar harian berbahasa Inggeris, New Straits Times danThe Star dalam tempoh empat hari dari tarikh tersebut.
"Mereka sehingga hari ini masih gagal melaksanakannya walaupun peguam saya telah menuntut defendan berbuat demikian.
"Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia secara terang-terangan telah menghina mahkamah kerana dengan sengaja tidak mematuhi dan menghormati perintah mahkamah," kata Khalid.
Ahmad Said pada 19 Mac lalu memohon maaf di mahkamah terbuka kepada Khalid berhubung kenyataan yang dibuatnya pada 2009 dan bersetuju membayar kos RM10,000.