Monday 11 May 2015

Isu Ketelusan, Tadbir Urus Kerajaan Perlu Dipandang Berat - Muhyiddin


Diterbitkan: Ahad, 10 Mei 2015 10:57 PM
Muhyiddin Yassin.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Sebarang isu yang timbul melibatkan soal ketelusan atau tadbir urus dalam kerajaan perlu dipandang berat dan jika terdapat masalah ia perlu diselesaikan segera, kata Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 
Timbalan perdana menteri berkata, kewujudan sesebuah kerajaan yang telus dengan tadbir urus yang baik adalah menjadi keutamaan rakyat dalam membuat pilihan politik pada masa kini.
"Ini termasuk isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang tidak boleh dibiarkan berlarutan dan setiap dakwaan mengenai penyelewengan dalam urusan 1MDB perlu segera disiasat secara bebas, telus dan adil dan pihak bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan.
"Imej Umno tidak boleh terpalit dengan isu 1MDB kerana amanah menjadi satu nilai penting yang menjadi teras kepercayaan rakyat kepada parti dan kerajaan," katanya dalam perutusan bersempena ulang tahun ke-69 Umno.
Beliau berkata, amanah menjadi nilai penting yang menjadi teras kepercayaan rakyat kepada parti dan kerajaan dan jika pemimpin Umno amanah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepimpinan, bersih daripada sebarang bentuk salah laku dan penyelewengan, maka parti itu akan mendapat sokongan padu rakyat.

Sirul Terikat 'Kod Berdiam Diri'


Diterbitkan: Sabtu, 9 Mei 2015 6:45 PM
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu terus diselubungi misteri apabila salah seorang pembunuhnya, Sirul Azhar Umar memilih untuk mematuhi kod berdiam diri.
Dalam satu temu bual dengan Sydney Morning Herald, Sirul, bekas komando polis, berkata beliau tidak pasti sama ada sudah bersedia untuk mendedahkan perkara itu lagi.
"Saya adalah seorang ahli pasukan polis dan terikat dengan kod berdiam diri," katanya dalam satu temubual di keselamatan maksimum Blaxland unit di Villawood, Australia baru-baru ini.
Sirul sebelum itu memberitahu media tempatan pada wawancara telefon pada Februari bahawa dia telah "serius mempertimbangkan" untuk memberitahu maklumat tentang pembunuhan pada 2006 itu.
Sirul bagaimanapun terus mendakwa bahawa dia hanya orang suruhan dalam pembunuhan itu.

"Saya yang bertindak di bawah arahan. Orang-orang yang mahu membunuh Cik Shariibuu masih bebas.

"Saya mahu peluang untuk menebus maruah keluarga saya ... Saya kambing hitam itu." katanya dalam temu bual itu sebelum menambah bahawa di bawah kod komando "anda tidak memberitahu".

Sirul melarikan diri ke Australia untuk tinggal bersama saudara-saudaranya sebelum dia dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Jan, dan kemudian telah ditangkap oleh Interpol di Queensland.

Beliau gagal hadir di Mahkamah Persekutuan, yang menjatuhkan hukuman dan bekas Ketua Inspektor Azilah Hadri, 38, mati kerana membunuh Oktober 2006 Altantuya berusia 26 tahun.

Polis tahan ahli sindiket curi kereta mewah



Polis menahan tujuh ahli sindiket mencuri kereta mewah dan merampas lima kenderaan bernilai RM2.8 juta di Pendang, Kedah dan Selangor, pada Selasa lepas dan hari ini.
  
Kesemua kenderaan mewah yang dirampas menerusi Operasi Lejang itu adalah Porche Panamera Turbo, Land Rover Evoque, Audi Asse, Toyota Vellfire dan Bentley Continental.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Zainuddin Ahmad berkata kesemua suspek termasuk dua wanita itu berumur antara 22 dan 48 tahun.
  
"Polis menerima laporan berhubung kejadian pecah bengkel kereta dan kelima-lima kereta mewah itu dilarikan di kawasan Jalan Chan Sow Lin, Cheras pada 19 April lepas.
  
"Pada Selasa lepas, dua dari kenderaan itu iaitu jenis Porche Panamera dan Bentley ditemui di kawasan taman permainan, Taman Kota Sarang Semut, Pendang, Kedah, namun tiada sebarang tangkapan," katanya dalam kenyataan di ibu negara, hari ini.

Zainuddin berkata sebuah Land Rover Evoque ditemui di Kedah semalam, dan pada 6.15 pagi tadi, polis menahan dua lelaki dan seorang wanita berumur antara 22 dan 30 tahun di sebuah restoran di PJU 7/7A, Mutiara Damansara, Selangor.
  
"Susulan itu, pada 8 pagi tadi, polis menyerbu sebuah kondominium di Jalan Persiaran Tropicana, Petaling Jaya dan menahan dua lelaki dan seorang wanita serta merampas sebuah Toyota Vellfire serta Toyota Mark X bagi kes lain yang dilaporkan hilang.
  
"Pada 5 petang tadi, seorang lagi lelaki ditahan di sebuah apartment di Puchong Utama, Selangor," katanya.
  
Zainuddin berkata dua daripada suspek yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah lampau dan kesemua mereka ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan.
  
-Bernama