Wednesday, 26 March 2014

Juruteknik Mesin ATM Mengaku Tidak Bersalah Curi RM80,850


Diterbitkan: Selasa, 25 Mac 2014 5:19 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Seorang juruteknik mesin pengeluaran wang automatik (ATM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mencuri RM80,850 daripada mesin ATM Maybank pada 7 Mac lepas.
Hamdan Abu Hussin, 27, yang bekerja dengan G4S Safeguard, didakwa melakukan perbuatan itu di ruang legar Bangunan JPN, Presint 2, Putrajaya pada 3.20 petang mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Hakim, Norsharidah Awang membenarkan Hamdan diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 April untuk sebutan kes.

Bunuh Rakan Sekampung, Empat Lelaki Ditahan


Diterbitkan: Selasa, 25 Mac 2014 1:55 PM
  (Ubah saiz teks)
JERANTUT: Empat lelaki diberkas polis pada malam Isnin dipercayai terbabit dalam pergaduhan menyebabkan seorang rakan sekampung mereka terbunuh.
Mangsa, Mohd Sabri Yazid, 33, bekerja sendiri dan menetap di Felda Padang Piol di sini disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh pada 7 malam.

TEMUDUGA TERBAIK DALAM HIDUP KITA

Kepada Semua Sahabat Pesuruhjaya Sumpah (Persendirian)
yang menjalani sessi Temuduga pada hari ini dan seterusnya
buatlah yang terbaik dalam sessi tersebut.  Saya dengan
ikhlas mendoakan semuga Sahabat semua berjaya
dilantik sebagai Pesuruhjaya Sumpah dan bertugas
dengan penuh didikasi, amanah  dan rasa tanggungjawab.
Remba@pjs

Dua Bayi Baharu Lahir Dibunuh


Diterbitkan: Selasa, 25 Mac 2014 9:02 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Seorang pembantu rumah Indonesia berusia 26 tahun ditahan kerana didakwa membunuh anaknya yang baharu lahir menggunakan gunting pada Ahad.
Difahamkan wanita itu dibawa ke Hospital Serdang pada waktu tengah malam selepas dia mendapatkan bantuan daripada majikannya selepas mengadu sakit di bahagian abdomen.
Selepas menjalani pemeriksaan doktor, wanita itu membuat pengakuan bahawa dia melahirkan anaknya sendiri. Tetapi dia mendakwa telah mengepam anaknya yang baharu lain ke dalam tandas.
Satu laporan polis dibuat oleh doktor dan polis membuat siasatan di rumah majikan wanita itu di Taman Bukit Kajang Baru.