Diterbitkan: Jumaat, 15 Ogos 2014 1:58 PM
(Ubah saiz teks)
Hakim Zulqarnain Hassan mengenakan denda RM5,000 bagi setiap pertuduhan ke atas Effi Nazrel Saharudin, 35, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah semasa kes disebut semula, Jumaat.
Beliau turut memerintahkan Effi Nazrel yang turut dikenali sebagai "10befiend" dalam akaun Twitternya menjalani hukuman penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan itu, jika gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.
Pada 5 Jun lalu, blogger itu mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan menghantar komen jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong dalam akaun Twitternya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.