Friday 15 August 2014

'Lelaki Tersenyum' Dijatuhi Hukuman Mati Kerana Edar Dadah


Diterbitkan: Jumaat, 15 Ogos 2014 3:13 PM
  (Ubah saiz teks)
GEORGE TOWN: Seorang lelaki berusia 32 tahun dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah mengedar lebih dari 6kg methamphetamine dua tahun lalu.

Hakim Zamani Abdul Rahim dalam penghakimannya memutuskan bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes pendakwaan terhadap Ooi Chun Huat.

Chun Huat didakwa mengedar di 6,104.4gm dadah di sebuah rumah di Taman Tambun Permai, Simpang Ampat, Seberang Prai Selatan kira-kira pukul 11.45 pagi pada 12 April 2012.

Kesalahan adalah di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 39B (2).

Chun Huat yang memakai kemeja berkotak-kotak merah dan seluar hitam, hanya 'tersenyum' ketika hukuman dijatuhkan.

No comments:

Post a Comment