Diterbitkan: Jumaat, 15 Ogos 2014 9:04 AM
(Ubah saiz teks)
SABAK BERNAM: Seorang lelaki berusia 49 tahun ditahan di rumahnya di Hutan Melintang, Perak kerana didakwa merogol dan menyebabkan anak saudaranya berusia 12 tahun mengandung.
Gadis itu dikatakan telah dirogol oleh bapa saudaranya beberapa kali sejak Disember tahun lepas ketika dia berkunjung ke rumah keluarga anak saudaranya di Sungai Besar di sini.
Ketua POlis Daerah ACP Noor Mushar Mohd berkata, ibu bapa kanak-kanak itu tidak berada di rumah ketika dia diserang secara seksual oleh suspek.
"Kami menahan suspek pada malam Isnin dan dia mengaku merogol kanak-kanak berkenaan berikutan penangkapan itu.
"Kali terakhir dia dirogol adalah pada bulan Julai," katanya.
Noor Mushar berkata lelaki itu telah memberitahu budak perempuan itu itu beberapa kali bahawa dia akan mengahwininya.
"Gadis itu memberitahu ibu bapanya tentang pelan bapa saudaranya untuk berkahwin dengannya, tetapi mereka tidak sedar apa yang berlaku sehingga mereka perasan pinggangnya semakin membesar," katanya.
Gadis itu sudah mengandung sembilan bulan apabila satu laporan polis dibuat terhadap bapa saudaranya.
Noor Mushar berkata lelaki itu akan ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan.
Kes ini diklasifikasikan sebagai rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
No comments:
Post a Comment