Wednesday, 19 August 2015

'20 MP mahu guling kerajaan cerita rekaan'

'


Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN, Tan Sri Shahrir Samad meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan terhadap laporan yang mendakwa wujud 20 orang Ahli Parlimen BN berkomplot untuk menggulingkan kerajaan.
Bercakap kepada media di bangunan parlimen hari ini, Shahrir memberitahu kerajaan perlu memandang serius terhadap isu tersebut dan ia tidak boleh dijadikan mainan politik.
"Kami berdesak pihak SKMM menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan tegas kerana apabila melibatkan ahli parlimen, kami rasa ia cabaran kepada institusi parlimen dan ia tidak boleh jadi mainan politik atau mainan cerita mana-mana pihak," katanya.
Malah, Shahrir sekali lagi menegaskan, pihaknya tidak terlibat sama sekali dalam usaha menggulingkan kerajaan seperti yang dilaporkan.
"Sebenarnya ia satu cerita yang direka. Ia langsung tak benar. Tidak ada sesiapa pun daripada Ahli Parlimen BN yang dihubungi atau menghubungi mana-mana pihak untuk mengetahui sama ada kami mahu atau tidak menyokong kepimpinan kerajaan hari ini," tegasnya lagi.
Shahrir yang juga ahli Parlimen Johor Bharu itu berkata, pihaknya kini sedang menunggu masa untuk bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung perkara tersebut.
"Saya rasa kami akan berpeluang menjumpa TPM dan akan sampaikan pandangan kami.
"Pokoknya, orang yang buat cerita ini tak tanya pun TPM," tambahnya lagi.

Zahid serah info plot guling k'jaan pada polis



Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata beliau telah menyerahkan maklumat berhubung gerakan untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Saya ingin nyatakan bahawa saya dah serahkan maklumat pada polis untu membuat siasatan dan peguam negara untuk buka kertas pertuduhan (kemudiannya)," katanya kepada pemberita di Pejabat Perdana Menteri hari ini.
Zahid, yang juga menteri dalam negeri, kemudian membersihkan nama anggota parlimen termasuk timbalannya Datuk Nur Jazlan Mohamad, yang dikaitkan dengan gerakan itu.
"Tapi tak ada sorang pun dari 20 nama yang terpapar dalam blog yang telah didekati untuk tandatangan SD (akuan bersumpah).
"Saya nak sahkan tiada dari 20 orang itu tandatangan . Maka clear (bersih) nama mereka," katanya.
Beliau yang juga MP Bagan Datoh mendakwa "orang tua" daripada pemimpin Umno itu sedang mengumpul akuan bersumpah itu untuk menunjukkan tidak menyokong kepada Najib.