Sunday 18 May 2014

Mahkamah Batal Rayuan Bekas Setiausaha Politik


Diterbitkan: Jumaat, 16 Mei 2014 9:33 PM
  (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan rayuan bekas setiausaha politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hasbie Satar, untuk mendapatkan butiran secara spesifik terhadap pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah RM2.13 juta terhadapnya.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Azahar Mohamed sebulat suara membenarkan bantahan awal Timbalan Pendakwa Raya, Anselm Charles Fernandis atas alasan perkara yang dipohon tidak boleh dirayu.

Hasbie, 41, merupakan bekas setiausaha politik kepada bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Hanya 5 Minit, RM160,000 Lesap


Diterbitkan: Ahad, 18 Mei 2014 2:32 PM
Gambar Hiasan. Sebanyak RM160,000 lesap dalam rompakan mesin ATM di Jerteh, Ahad.
  (Ubah saiz teks)
BESUT: Sekumpulan empat lelaki bertopeng mengambil masa lima minit untuk melarikan dan memecahkan sebuah mesin juruwang automatik (ATM) kepunyaan Bank Rakyat Cawangan Jerteh di sini, awal Ahad.
Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Asistant Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata kejadian yang berlaku antara jam 5.45 hingga 6 pagi itu menyebabkan bank terbabit kehilangan kira-kira RM160,000 dari mesin berkenaan.
Katanya, hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan keempat-empat suspek memakai topeng muka itu menggunakan kabel untuk mengikat satu daripada empat ATM bank berkenaan sebelum menariknya keluar daripada ruang ATM dengan menggunakan kereta dan memecahkan mesin itu di luar kawasan bank.

Mayat Lelaki Ditemui Di Pantai Bersih


Diterbitkan: Ahad, 18 Mei 2014 5:20 PM
Unit forensik melakukan pemeriksaan ke atas mayat B. Muniandy, 37, yang ditemui dalam keadaan terbaring di tepi pantai oleh orang awam pada Ahad.
  (Ubah saiz teks)
BUTTERWORTH: Mayat seorang lelaki, dipercayai dibunuh ditemui di belakang restoran makanan laut di persisiran Pantai Bersih, di sini, Ahad.

Mayat B.Muniandy, 37, ditemui dalam keadaan terbaring di tepi pantai oleh orang awam yang melalui kawasan itu pada 11 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata pemeriksaan awal polis menemui beberapa kesan luka di dahi dan jari, lebam di dada serta rusuk kanan mangsa.

"Berdasarkan keadaan mayat, polis percaya mangsa mati sejak enam jam lepas," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.