Wednesday 2 September 2015

Maria: Tak perlu siasat Mahathir



703
 Shakira Buang      Hari ini, 2:25 pm      Hari ini, 2:27 pm
Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah berkata tiada keperluan untuk polis menyiasat bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad kerana hadiri ke himpunan Sabtu dan Ahad lepas.
Katanya, Mahathir cuma hadir atas kapasiti sebagai peserta semata-mata, sama seperti pihak lain.
"Tidak ada keperluan untuk memanggil beliau (Mahathir) atau mana-mana peserta yang hadir dalam perhimpunan BERSIH 4.0" kata Maria.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam kenyataannya semalam memaklumkan Mahathir akan disiasat atas pembabitannya dalam himpunan besar itu.
Polis akan memanggil beliau kerana didakwa membuat ucapan dan dakwaan tertentu.

'22 ahli PAS sertai parti baru gugur secara automatik'



1.7K31
 Hari ini, 1:35 am      Hari ini, 1:40 am
Keanggotaan 22 ahli PAS yang mengisytiharkan diri mereka menyertai Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPM) selepas diambil alih oleh Gerakan Harapan Baru (HB) gugur secara automatik.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata perkara itu jelas dalam Perlembagaan PAS (Pindaan 2011) di bawah Fasal 15(1)(c) berhubung keberhentian ahli.
"Sehubungan itu, PAS tidak perlu mengambil sebarang tindakan disiplin, cuma kita hanya perlu hantar surat kepada mereka untuk urusan pentadbiran.
"Mereka boleh memohon untuk kembali menjadi ahli PAS namun ia bergantung kepada parti untuk menerima atau menolak permohonan mereka," katanya dalam sidang akhbar yang turut dihadiri Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah di
Kediaman Rasmi Menteri Besar di JKR 10 di Kota Bharu semalam.
Kelmarin, Pengerusi HB Mohamad Sabu mengumumkan gerakan itu telah mengambil alih dan akan menjenamakan semula PPM sebagai Parti Amanah Negara (Amanah).
Butiran parti itu akan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) secepat mungkin bagi mendapatkan kelulusan.
Mohamad turut mengumumkan jawatankuasa Amanah, yang diketuai beliau sebagai pengerusinya, Ahmad Awang penasihat umum, bekas naib presiden PAS Salahudin Ayub timbalan pengerusi, anggota Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa naib pengerusi, anggota Parlimen Kota Raja Dr Mariah Ahmad ketua wanita, dan Mohd Sany Hamzan (ulang: Hamzah) sebagai ketua pemuda.
Mohd Anuar Mohd Tahir setiausaha agung, Asmuwi Ani bendahari agung dan bekas ketua pemuda PAS Suhaizan Kaiat sebagai setiausaha organisasi.
HB merupakan platform bagi golongan profesional PAS yang dikatakan kecewa selepas ditolak anggota parti itu melalui muktamar tahunannya Jun lepas.
Mengulas mengenai bai'ah dan lafaz taklik yang dipersetujui oleh anggota PAS ketika menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, Takiyuddin berkata ia tidak memberi kesan dari segi perundangan.
"Dari segi undang-undang, ia tak ada 'legal effect' (kesan perundangan), tapi ia 'moral obligation'(kewajipan moral)," katanya.
- Bernama

Anwar alu-alukan kehadiran Dr M di BERSIH 4




31
 Hari ini, 10:45 am      Hari ini, 10:48 am
Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan berita kehadiran bekas musuh politiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad di perhimpunan BERSIH 4 hujung minggu lalu.
"Saya alu-alukan kehadiran Tun Mahathir dan Dr Siti Hasmah dalam turut menyertai perhimpunan Bersih 4,"katanya dalam satu nota kepada peguamnya dari penjara.
Mesej itu dikeluarkan melalui PKR pagi ini.
Anwar yang juga ketua umum PKR, mengucapkan tahniah kepada ratusan ribu peserta perhimpunan tersebut.
"Ianya merupakan suatu kejayaan yang amat besar yang memberi fokus penting kepada tuntutan-tuntutan BERSIH yang sah dan patut.
"Perhimpunan ini membuktikan rakyat Malaysia matang dan bertanggungjawab dalam melaksanakan hak mereka untuk bersuara dan berhimpun secara aman.
"Walaupun diugut dan berbagai halangan oleh pihak kerajaan, namun rakyat cekal meneruskan perjuangan perubahan dan menetang rasuah dan penipuan," katanya.