Sunday 1 June 2014

NFCorp: Shamsubahrin Nafi Rancang Tipu Mohamad Salleh


Diterbitkan: Jumaat, 30 Mei 2014 9:10 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail pada Jumaat menafikan di mahkamah bahawa dia merancang untuk menipu pengerusi National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

Shamsubahrin, 48, memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa dia tidak berada dalam keadaan terdesak ketika cuba menipu Mohamad Salleh kerana dia mempunyai pendapatan lebih RM10,000 sehari melalui perniagaan perkhidmatan teksi.

"Saya tidak pernah cuba menipu Mohamad Salleh kerana saya tidak terdesak pada masa itu," katanya ketika menjawab pemeriksaan balas peguam Hasnal Redzua Merican, yang mewakilinya, dalam perbicaraan membela diri terhadap lima pertuduhan menipu Mohamad Salleh membabitkan RM1.75 juta dan 17 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram.

Mayat Suspek Penggal Kepala Kanak-Kanak Ditemui


Diterbitkan: Sabtu, 31 Mei 2014 5:00 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Suspek kes pembunuhan kejam kanak-kanak berusia dua tahun enam bulan, ditemui terapung di Sungai Klang berhampiran tol Sunway pada kira-kira 3 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata mayat dalam keadaan terlentang itu ditemui orang awam yang memaklumkannya kepada polis.

"Pemeriksaan awal mendapati mayat terbabit masih lengkap berpakaian dengan memakai baju kotak-kotak berwarna merah, berseluar panjang biru gelap, bertali pinggang, tidak berkasut namun tiada dokumen pengenalan diri dijumpai pada mangsa.

"Bagaimanapun, rupa bentuk fizikal dan pakaian adalah bersamaan dengan gambar dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta dari gambaran yang diberikan oleh saksi yang mengejar suspek," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Gan berkata mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan identiti suspek akan dikenal pasti melalui semakan rekod cap jari.

Polis Mungkin Dakwa Ibu Mangsa Kanak-Kanak Dipenggal Kepala


Diterbitkan: Ahad, 1 Jun 2014 5:00 PM
Siti Salmy Suib.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Polis sedang melihat kemungkinan akan mendakwa ibu kepada Siti Soffea Emelda Abdullah kerana cuai sehingga mengakibatkan kanak-kanak berusia dua tahun itu dibunuh dengan kejam.

Sumber daripada pasukan penyiasatan berkata, mereka mendapati wujud kenyataan bercanggah daripada ibu kanak-kanak malang itu, Siti Salmy Suib, 32, yang mendakwa dia meninggalkan anaknya itu kepada rakannya kerana mahu ke tandas di pusat membeli-belah Kota Raya pada pukul 3 petang.

Apabila dia keluar dari tandas lima minit kemudian, Siti Salmy mendakwa anak perempuannya itu tiada bersama rakan-rakannya dan mula mencari anaknya itu.