Diterbitkan: Sabtu, 31 Mei 2014 5:00 PM
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Suspek kes pembunuhan kejam kanak-kanak berusia dua tahun enam bulan, ditemui terapung di Sungai Klang berhampiran tol Sunway pada kira-kira 3 petang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata mayat dalam keadaan terlentang itu ditemui orang awam yang memaklumkannya kepada polis.
"Pemeriksaan awal mendapati mayat terbabit masih lengkap berpakaian dengan memakai baju kotak-kotak berwarna merah, berseluar panjang biru gelap, bertali pinggang, tidak berkasut namun tiada dokumen pengenalan diri dijumpai pada mangsa.
"Bagaimanapun, rupa bentuk fizikal dan pakaian adalah bersamaan dengan gambar dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta dari gambaran yang diberikan oleh saksi yang mengejar suspek," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Gan berkata mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan identiti suspek akan dikenal pasti melalui semakan rekod cap jari.

"Dengan penemuan mayat suspek ini, polis yakin kes bunuh membabitkan kanak-kanak ini telah berjaya diselesaikan, bagaimanapun, motif pembunuhan masih dalam siasatan," katanya.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan daripada polis berhubung penemuan mayat seorang lelaki pada kira-kira 2.50 petang.
Beliau berkata jentera pertama tiba di lokasi 10 minit kemudian dengan enam anggota untuk mengangkat mayat berkenaan.
Khamis lepas, seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan menyayat hati dengan kepalanya terputus daripada badan dipercayai dikelar suspek di tepi Sungai Klang berhampiran Stesen Komuter Kuala Lumpur di Jalan Hishamuddin di sini.
Saksi mendakwa melihat seorang lelaki merebahkan kanak-kanak itu di tepi sungai sebelum menghempaskan sesuatu ke kepalanya dan melakukan 'sesuatu' pada leher mangsa, dan apabila saksi cuba menghampiri suspek, dia melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai.
Susulan itu, pihak bomba menjalankan misi mencari suspek di sepanjang Sungai Klang sejak semalam.
No comments:
Post a Comment