Monday 20 February 2017

E BOOK TERBAIK UNTUK CALON YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN KELAYAKAN PESURUHJAYA SUMPAH

KANDUNGAN (KEMASKINI & TAMBAH BAIK 01.01.2017. 266 MUKA SURAT)

1.  Bhg A  Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah1993 .

2.  Bhg B   Pengenalan Sistem Undang-Undang Malaysia

3.  Bhg C   Pengetahuan Am dan Sejarah Malaysia

4.  Bhg D   Undang-undang dan Akta yg berkaitan dgn Pesuruhjaya Sumpah

5.  Bhg E  Istilah Undang-Undang terpilih

6.  Bhg F  :  Tips Sesi Temuduga Pesuruhjaya Sumpah

7.  Bhg G   Arahan Amalan Ketua Hakim Negara berkaitan PJS (Lebih 160 Soalan dan Jawapan yang berkaitan)
TEMPAHAN SEGERA : remba_ebook@yahoo.com atau Whatsapp
                                        017-3076458



Thursday 16 February 2017

Mahkamah tak boleh paksa AG mulakan prosiding jenayah

Mahkamah tidak boleh memaksa Peguam Negara untuk memulakan apa-apa prosiding jenayah terhadap seseorang individu.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hanipah Farikullah memutuskan demikian dalam penghakiman bertulis setebal 41 muka surat dalam permohonan semakan kehakiman melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diedarkan kepada media hari
ini.
"Ini kerana berdasarkan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, Peguam Negara mempunyai budi bicara yang luas berhubung kawalan dan arahan bagi semua pendakwaan jenayah.
"Bukan sahaja beliau (Peguam Negara) memulakan dan menjalankan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, beliau juga boleh memberhentikan prosiding jenayah yang beliau telah mulakan.
"Dan mahkamah tidak boleh memaksa beliau untuk memulakan apa-apa prosiding jenayah yang beliau tidak mahu mulakan atau meneruskan apa-apa prosiding jenayah yang beliau telah putuskan untuk tidak teruskan," katanya.
Hakim bersetuju dengan hujahan peguam kanan persekutuan bahawa peruntukan itu adalah kuasa khas yang diberi kepada Peguam Negara untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding di hadapan Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak Negeri atau Mahkamah Tentera.

Wednesday 15 February 2017

Mahfuz: PAS perlu tarik diri dari k’jaan S'gor

Pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai hubungan dengan DAP dan AMANAH secara jelas memutuskan hubungan kerjasama dengan PKR, kata Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.
Oleh itu, ahli parlimen PAS berkenaan berkata parti tersebut kini perlu mempertimbangkan untuk menarik diri dari kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR.
“Sudah terang lagi bersuluh, PKR seperti mana BERSATU sudah mempunyai hubungan kerjasama politik dengan DAP dan AMANAH,malah telah menanda tangani 'perjanjian kerjasama politik' untuk meranapkan kuasa politik Umno/BN pada PRU ke-14 nanti.
“Oleh itu secara prinsipnya hubungan kerjasama PAS dan PKR yang sedia terjalin sudah terbatal dengan keputusan dasar yang diumumkan oleh Presiden PAS,” katanya, dalam satu kenyataan hari ini.
Mahfuz berkata, PAS tidak perlu menunggu hingga muktamar parti itu pada April nanti untuk menentukan kedudukannya dalam hubungan kerjasama dengan PKR.
Ahad lalu, Hadi menutup rapat pintu bekerjasama dengan BERSATU walaupun rundingan berterusan diadakan oleh pemimpin kanan kedua-dua pihak.
Presiden PAS itu menegaskan bahawa mereka tidak akan mempunyai sebarang kaitan dengan pihak yang bekerjasama dengan DAP dan parti serpihannya, AMANAH.

Mursyidul Am PAS tak ada tiga kolam renang

ULASAN Kalau media massa lapor hujah Mursyidul Am PAS Hashim Jasin dengan betul, kesimpulan yang boleh saya buat ialah PAS tak terima RM90 juta daripada Umno.
Saya kata “kalau”. Saya tak kata PAS atau orang tertentu dalam PAS tak terima rasuah daripada Umno atau daripada orang tertentu dalam Umno.
Kalau ikut cakap Hashim, PAS tak terima rasuah pasal dia (Hashim) masih pakai kereta Proton Saga dan tinggal di rumah yang nilainya antara RM50,000 dengan RM60,000 saja.
Jadi dakwaan anggota Dewan Undangan (Adun) Parti Amanah Negara (AMANAH) bagi kerusi Salor, Kelantan, Datuk Seri Husam Musa yang PAS terima derma RM90 juta daripada Umno tak betullah.
Hashim pakai Saga saja
Kalau PAS terima duit macam itu punya banyak, kita akan nampak pasal gaya hidup Hashim akan berubah. Ini bukan saya kata tapi tuan tubuh sendiri yang kata.
Hashim kata macam ini kepada pemberita lepas konvensyen kebajikan PAS di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 12 Februari lalu:
“Saya ni Mursyidul Am dan (Datuk Seri Abdul) Hadi Awang Presiden PAS. Saya pakai kereta (Proton) Saga saja. Kalau ada RM90 juta, tak kan saya pakai kereta Saga saja. Itu terjawablah rasanya.
“Rumah saya pun dalam nilai RM50,000 hingga RM60,000 sahaja. Kalau kami (PAS) ada RM100 juta, apa nak jadi, kolam renang tiga saya akan buat.”